Terkini

Bot sonar pencari MH370 karam berlanggar gunung berapi dasar laut

SEBUAH bot berkelengkapan sonar karam ketika dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas berlanggar dengan gunung berapi dasar laut, lapor The Guardian pada Ahad.

Bot sonar pencari MH370 karam berlanggar gunung berapi dasar laut
Bot sonar pencari MH370 karam berlanggar gunung berapi dasar laut

Bot atau kenderaan sonar itu yang turut dikenali sebagai 'towfish' yang dipasangkan pada kapal pencari Fugro Discovery itu dilaporkan ‘hilang’ selepas perlanggaran dengan gunung berapi berlumpur setinggi 2,200 meter itu.

Perlanggaran yang berlaku itu menyebabkan 'towfish' dan 4,500 meter kabel tersebut hilang di dasar Lautan Hindi, lokasi pencarian MH370.

Pada Isnin, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan Fugro Discovery hilang kenderaan sonarnya semasa menjalankan aktiviti pencarian di Lautan Hindi.

" 'Towfish' ini bertembung dengan sebuah gunung berapi lumpur setinggi 2,200 meter dari dasar laut yang menyebabkan kabel tunda pecah. 'Towfish' dan 4,500 meter kabel terpisah dari kapal dan kini berada di dasar laut," kata agensi itu.

Bagaimanapun, anak-anak kapal dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Pusat itu juga percaya akan dapat menemui 'towfish' tersebut dan pencarian pesawat MH370 diteruskan.-astroawani

No comments