Terkini

Lelaki pukul kekasih guna hulu kapak gara-gara puji kekasihnya di facebook

GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 52 tahun diburu polis selepas memukul kekasihnya yang berusia 28 tahun di Taman Pisang Awak, Kampung Melayu di sini, Khamis lalu.

Lelaki pukul kekasih guna hulu kapak lepas baca mesej puji kekasihnya di FB
Lelaki pukul kekasih guna hulu kapak lepas baca mesej puji kekasihnya di FB-gambar hiasan

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, suspek memukul mangsa menggunakan hulu kapak akibat berang selepas membaca komen di laman sosial Facebook yang memuji kecantikan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata suspek menghentak muka mangsa menggunakan hulu kapak dan memukul kepala, tangan dan kaki wanita itu berkali-kali menyebabkannya lari ke balai polis.

"Mangsa pada mulanya enggan membuat laporan dan meminta lelaki itu datang ke balai polis untuk berjanji tidak memukulnya lagi, namun suspek enggan berbuat demikian.

"Polis kemudian menyerbu rumah yang didiami suspek bersama mangsa sejak dua tahun lalu, namun tidak menemui suspek yang dipercayai melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyerang hingga mendatangkan kecederaan.-bharian


No comments