Terkini

Saksi hanya rakam gambar kemalangan tapi tidak tolong selamatkan mangsa

DURHAM: Polis kesal dengan perbuatan pengguna jalan raya merakam insiden dua wanita yang terperangkap di dalam kenderaan mereka selepas dihempap pokok ketika angin kuat, dekat sini, hari ini.

Saksi hanya rakam gambar kemalangan tapi tidak tolong selamatkan mangsa
Saksi hanya rakam gambar kemalangan tapi tidak tolong selamatkan mangsa

Pegawai polis yang dikenali sebagai PC Paul Jackson berkata, reaksi pertama saksi adalah dengan merakam kawasan kejadian dengan menggunakan telefon bimbit mereka.

Ketika kejadian, angin kencang dikatakan menumbangkan sebatang pokok hingga menghempap kenderaan yang sedang dinaiki ibu dan anak perempuannya ketika melalui kawasan Ferryhill Station.

Insiden itu menyebabkan kenderaan mereka rosak teruk dan bekalan elektrik di kawasan berkenaan terputus. Menurut Jackson, pemandu dan penumpang terbabit terperangkap di dalam kereta dan meminta bantuan.

Katanya, ketika itu terdapat beberapa orang yang berada berhampiran bertindak merakamkan kejadian atau mengambil gambar menggunakan telefon bimbit daripada memberikan bantuan. "Kejadian ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Dua wanita terbabit di bawa ke Hospital Durham untuk mendapatkan rawatan," katanya. - Agensi/bharian

No comments