Terkini

Anggap je sebagai "lawak bodoh" pensyarah dikutuk sedia makan untuk pelajar

SELEPAS isu kesempitan hidup dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) baru-baru ini menimbulkan kekecohan di media sosial, beberapa pihak yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kalangan pelajar tampil menghulurkan bantuan.

Anggap je sebagai "lawak bodoh"  pensyarah dikutuk sedia makan untuk pelajar


Usaha murni ini dilakukan oleh beberapa orang pensyarah universiti dengan meletakkan makanan dan minuman percuma untuk para pelajar yang memerlukan berbanding menyuarakan pendapat mereka terhadap pihak kerajaan dan pihak atasan universiti.

Tindakan sekumpulan pensyarah di Fakulti Sains Gunaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Tapah menderma dengan meletakkan sebuah peti ais yang berisi penuh dengan sandwic, air mineral dan air kotak serta notis bertulis yang meminta para pelajar yang memerlukan supaya mengambil makanan yang disediakan menjadi viral di laman sosial.

Anggap je sebagai "lawak bodoh"  pensyarah dikutuk sedia makan untuk pelajar

Ia mula menarik perhatian ramai selepas tindakan sekumpulan pensyarah tersebut dihebahkan menerusi akaun Twitter tidak rasmi fakulti itu tanpa pengetahuan pensyarah-pensyarah terbabit, sebelum mendapat perkongsian lebih 4000 di pelbagai laman sosial.

Ternyata, tindakan pensyarah-pensyarah berkenaan mendapat pujian dalam kalangan orang ramai, selain ‘trend’ amal jariah ini turut diikuti oleh UiTM Segamat yang juga menyediakan sebuah sudut makanan dan minuman percuma untuk pelajar.

Seorang pengguna laman sosial George Sangkin berkata, sikap pemurah merupakan polisi yang terbaik, selain memuji perbuatan pensyarah tersebut.

Sementara, Marshita Hashim turut berharap agar fakulti di pusat pengajiannya dapat mengikut ‘trend’ ini dan membantu pelajar yang memerlukan.

Manakala Rachel Minda pula mendoakan agar semua pensyarah di Fakulti Sains Gunaan tersebut di rahmati Tuhan atas perbuatan mulia mereka.

Bagaimanapun, tindakan murni para pensyarah ini turut mengundang reaksi negatif dalam kalangan segelintir pihak berikutan kesalahan ejaan yang tertulis pada notis yang ditampal pada pintu peti ais tersebut.

Antaranya adalah Nicholas Nicklers Nick yang menyatakan kesalahan ejaan perkataan ‘sandwich’ pada notis tersebut.

Malah, ada juga yang menjadi kesalahan tersebut sebagai bahan ‘lawak bodoh’.

Ridhwandowski berkata; “ ‘sandwish’ adalah gabungan bagi perkataan ‘pasir’ dan ‘permintaan’ yang dialih kepada bahasa Inggeris dan merupakan jawapan kepada masalah pelajar yang kebuluran di universiti.”

Selain itu, pengguna media sosial turut berharap agar peti ais itu tidak disalahgunakan oleh golongan yang tidak sepatutnya.

Walaubagaimanapun, perbuatan mulia oleh para pensyarah di fakulti itu seharusnya diberi pujian kerana telah mengambil langkah bagi menangani salah satu masalah yang melanda para pelajar di situ tanpa sebarang kepentingan diri sendiri mahupun politik.

No comments