Terkini

KTMB catat rekod (MBOR) tren kargo yang terpanjang di Asia Tenggara

PELABUHAN KLANG: Tren kargo Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) membawa 120 gerabak seberat 2,400 tan mulakan perjalanan ke Stesen Padang Besar dari Stesen Pelabuhan Klang, pada jam 9.55 malam ini.

KTMB catat rekod tren kargo yang terpanjang di Asia Tenggara
PRESIDEN Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Sarbini Tijan (kiri depan) melepaskan larian 
Tren Kargo 3158 yang membawa 120 Wagon berjumlah muatan sebanyak 2400 tan, sepanjang 1.9 km 
yang mencipta rekod baru di dalam 'The Malaysia Book Of Record' di Stesen KTMB Pelabuhan Klang 
dan berakhir di Stesen KTMB Padang Besar

Perkhidmatan KTMB Kargo sepanjang 1.9 kilometer memecahkan rekod terdahulu iaitu sebanyak 50 gerabak pada 2010, menjadi kargo terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Rekod baharu itu bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records (MBOR), sebaik tiba di Stesen Padang Besar, Perlis, pada 1.15 tengah hari ini.

Pelepasan tren menggunakan Lokomotif Kelas 26, dikenali sebagai Blue Tiger itu dilakukan Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan dan akan disambut oleh Pengerusinya, Datuk Nawawi Ahmad.

KTMB catat rekod tren kargo yang terpanjang di Asia Tenggara

Sarbini berkata, perkhidmatan kargo bertujuan memberi perkhidmatan pengangkutan barang yang lebih cekap, ekonomi dan selamat. "Ia memberi alternatif kepada pergerakan kargo dari selatan Thailand hingga ke Indo-China.

"Mulai tahun ini, KTMB memperkemaskan perjalanan kargo berskala besar bagi menghubungkan pelabuhan negara dengan negara jiran. "Apa yang akan kita lihat suatu hari nanti ialah sistem kereta api dari China akan melalui Laos dan Thailand terus ke Pelabuhan Klang, mengikut rancangan 'satu laluan, satu haluan," katanya ketika melepaskan tren Perkhidmatan Kargo KTMB, di sini.-bharian

No comments