Kerana aksi berani mati pemandu kereta warna jingga, kini dia jadi buruan
Dalam video yang dikongsi akaun 'Friends of PDRM' berdurasi 12 saat tersebut, kereta itu dilihat tiba-tiba sengaja berhenti di lorong paling kanan, sebelum mengundurkan kereta dan melanggar kereta di belakangnya.
Ia kemudiannya terus memecut laju meninggalkan kenderaan yang dilanggarnya.
Teori awal netizen adalah berkemungkinan pemandu kereta di belakang kereta itu memandu terlalu perlahan, dan tindakan itu adalah untuk mengajar si pemandu berkenaan agar memandu dengan kelajuan yang sepatutnya.
Namun dalam masa yang sama, tindakan pemandu kereta berwarna jingga itu dianggap ramai sebagai 'tidak berfikir panjang', malah boleh membahayakan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca pemandu tersebut bertindak sedemikian, namun difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pemandu itu kini sedang dicari untuk siasatan lanjut.-astroawani
Kerana aksi berani pemandu kereta warna jingga, kini dia jadi buruan |
Ia kemudiannya terus memecut laju meninggalkan kenderaan yang dilanggarnya.
Teori awal netizen adalah berkemungkinan pemandu kereta di belakang kereta itu memandu terlalu perlahan, dan tindakan itu adalah untuk mengajar si pemandu berkenaan agar memandu dengan kelajuan yang sepatutnya.
Namun dalam masa yang sama, tindakan pemandu kereta berwarna jingga itu dianggap ramai sebagai 'tidak berfikir panjang', malah boleh membahayakan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca pemandu tersebut bertindak sedemikian, namun difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pemandu itu kini sedang dicari untuk siasatan lanjut.-astroawani
No comments
Post a Comment