Terkini

Isteri anda merajuk?? video comel ini sewajarnya ditonton oleh para suami

Wanita mana suka mahu marah-marah, atau membebel tidak tentu pasal. Tentu ada sebabnya, dan sebaiknya sang suami perlulah pasang telinga dan peka dengan rintihan hatinya. Apatah lagi jika si isteri perlu turut sama mencari rezeki untuk menampung keperluan. Kalaulah semua suami mahu memberikan sedikit usaha dan kerajinan untuk memikat semula hati sang isteri yang sedang merajuk, pasti rumah tangga akan kekal harmoni.

Isteri anda  merajuk?? video comel ini sewajarnya ditonton oleh para suami
Isteri anda  merajuk?? video comel ini sewajarnya ditonton oleh para suami 

Iklan menarik ini menunjukkan seorang isteri yang tertekan, mungkin kerana penat bekerja dan perlu pula membuat kerja rumah, kurang pula bantuan daripada suami, lantas merajuk membawa diri. Suami pula terpaksa tidur luar kerana isteri tidak membenarkan mereka tidur bersama. Keesokannya, si isteri membuat ‘drama bisu’, enggan berbual dengan suaminya seperti hari-hari lain.

Tiba-tiba si suami mendapat inspirasi – cara untuk memikat semula hati isterinya yang merajuk itu.

Iklan ini bolehlah anda kongsikan bersama suami tercinta, tak perlu beri hint. Terus-terang kepadanya, “Silalah buat begini, bila saya tertekan ya.” Selamat mencuba!





Artikel asal - jelita.my






No comments