Realiti hidup...main sampah, makan sampah, baju sampah, serba serbi sampah
Kebanyakan kanak-kanak di China mendapat kehidupan selesa dan bahagia dengan peluang bersekolah dan memiliki mainan. Namun berbeza pula dengan kanak-kanak di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, yang sekadar menjalani kehidupan di tapak pelupusan sampah, menemani ibu bapa mereka di situ setiap hari.
Itulah dilalui sekumpulan kanak-kanak di tapak pelupusan sampah terbesar di Nanning City, apabila membesar dan bermain di persekitaran yang kotor sementara ibu bapa berduyun-duyun ke situ mencari rezeki.
Menurut media China, tapak pelupusan itu sentiasa dipenuhi sampah. Pada musim panas tahun lalu, sekitar 400 lori sampah tiba di sana setiap hari untuk melupuskan sampah dari bandar.
Kira-kira 3,000 tan sampah dibuang di tapak itu setiap hari, dengan ada hari yang boleh mencapai sehingga 3,600 tan - tiga kali ganda melebihi kapasiti tapak pelupusan itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kawasan selatan tapak itu hampir penuh, dan dalam tempoh dua tahun lagi, Nanning dijangka dipenuhi sampah. Kira-kira 95 peratus sisa buangan rumah di kawasan itu dihantar ke tapak pelupusan berkenaan.
Sementara menunggu ibu bapa, kebanyakan kanak-kanak itu bermain dan turut mengambil peluang mencari barangan berguna dan mainan.
Malah baju yang dipakai mereka juga rata-rata dikutip di situ.
Setiap kali lori memunggah sampah, pengutip sisa buangan segera meluru untuk mencari barangan berharga atau yang boleh digunakan semula.
Kebanyakan kanak-kanak ini berusia sekitar dua hingga lapan tahun dan begitu kreatif menggunakan persekitaran sebagai taman permainan dengan memanjat atau melompat di atas sampah.
Menurut Reuters, 70 juta penduduk di negara itu hidup di bawah garis kemiskinan. Pada Oktober tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan untuk membawa semuanya keluar daripada zon kemiskinan dalam tempoh enam tahun dengan purata satu juta orang sebulan.
Data biro perangkaan negara menunjukkan, orang di bawah garis kemiskinan berpendapatan kurang daripada £236 (RM1,500) setahun.
Kemiskinan masih menjadi masalah besar di negara ini, terutamanya di kawasan luar bandar yang kekurangan pekerjaan, menyebabkan orang ramai berpusu-pusu pindah ke bandar besar seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou.-hmetro

No comments
Post a Comment