Terkini

SPRM patut "tutup kedai" jika SPRM dakwa Najib tak salah, ulas Datuk Zaid

Itu mungkin paling tepat untuk menggambarkan "mood" di kalangan penyiasat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan keputusan peguam negara untuk tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak berhubung sumbangan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

SPRM patut "tutup kedai" jika SPRM dakwa Najib tak salah, ulas Datuk Zaid
SPRM patut "tutup kedai" jika SPRM dakwa Najib tak salah, ulas Datuk Zaid

Sumber yang rapat dengan siasatan itu memberitahu The Malaysian Insider, SPRM mencadangkan Najib didakwa atas kesalahan salah laku jenayah tetapi peguam negara berkata bukti tidak mencukupi.

“Sudah tentu mereka patah semangat. Tetapi, mereka perlu cari cara untuk mengembalikan semula semangat,” kata sumber itu. Satu lagi sumber berkata, SPRM menjalankan tugas dengan teliti.

“Dan kini semua orang fikir peguam negara membuat keputusan berdasarkan kepada syor SPRM, sedangkan ia bukan begitu,” katanya.

Sumber berkata, tambahan lagi, seorang bekas menteri mencadangkan “SPRM tutup kedai”, merujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim yang menulis di Twitter, “Jika benar SPRM kata Najib tidak melakukan kesalahan, SPRM patut tutup kedai saja”.

Sumber itu berkata, penyiasat yakin mereka mempunyai kes kukuh terutama sekali kerana Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut selepas kertas siasatan dihantar semula kepadanya.

Bagaimanapun, semalam Apandi berkata beliau menghubungi 2 pegawai kanan SPRM sebelum melepaskan Najib daripada siasatan berkenaan.

Sumber itu berkata, SPRM sejak bulan lalu mengingatkan masyarakat mengenai profesionalisme mereka dalam mengendalikan kes itu.

Seorang lagi sumber berkata, pada 24 Disember, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamad berkata, siasatan agensi anti rasuah itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, walaupun pengkritik tegas menyatakan perdana menteri akan terlepas daripada hukuman selagi beliau memegang kuasa.

“Walaupun ada banyak persepsi mengenai isu ini, selagi saya ketua pesuruhjaya, saya akan menjalankan siasatan dengan profesional. Bila kami ada kes, kami akan bentangkan syor dalam kertas siasatan. Dan ia memang benar-benar berdasarkan kepada merit.

“Tidak ada pihak akan mempengaruhi kami dan hala tuju siasatan. Itu janji yang saya buat pada pegawai SPRM dalam mesyuarat,” Abu Kassim dipetik sebagai berkata.

Pada 31 Disember, dalam satu kenyataan, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull turut berkata agensi itu membuat beberapa syor untuk tindakan diambil terhadap 2 kes berkenaan.

“Kenapa rakyat tidak nampak? Tidak bolehkah mereka lihat apa yang tersirat. Kenyataan Shukri pada 31 Disember sangat jelas kerana beliau menyatakan pendakwaan sudah dicadangkan dan percaya peguam negara akan bertindak secara profesional ketika membuat keputusan,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata keputusan peguam negara menyebabkan ramai pegawai SPRM kecewa.

“Kami kerja keras untuk kes ini dan sekarang rakyat fikir peguam negara bertindak atas hasil dapatan siasatan dan nasihat kami,” kata sumber itu.-themalaysianinsider


No comments