Penduduk meraikan kelahiran bayi baru setelah 28 tahun tiada kelahiran
OSTANA - ITALI . Sebuah bandar kecil yang terletak di pergunungan Wilayah Piedmont menyambut kelahiran seorang bayi baru selepas kali terakhir pada sekitar tahun 1980an.
Bayi Pablo menjadi penduduk paling muda di Ostana yang menjadikannya penduduk yang ke-85, lapor The Local.
Datuk Bandar Ostana, Giacomo Lombardo memberitahu The Local, ia adalah sesuatu yang mengembirakan selepas seorang bayi lahir di sini dan menunjukkan usaha kami untuk menambah populasi penduduk berhasil.
Giacomo berkata, 100 tahun lalu penduduk di situ berjumlah 1,000 penduduk dan populasi semakin menurun ke 700 selepas perang sekali gus menurun secara mendadak.
Untuk memastikan populasi semakin meningkat, Datuk Bandar telah menjalankan beberapa usaha untuk meningkatkan ekonomi bandar bagi menarik golongan muda.
Hari ini, bandar ini mempunyai dua restoran, sebuah kedai dan bar.
Kelahiran baru ini akan disambut dalam satu keraian pada Ahad.
Sementara itu, ibu bapa bayi itu, Jose Berdugo Vallelago dan Silvia Rovere, pelarian dari Sepanyol sebelum ini ingin berpindah ke Perancis namun menukar fikiran selepas majlis perbandaran Ostana menawarkan pekerjaan di bandar itu.
"Kami tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil, bandar itu terasa seperti di negara sendiri," kata Jose Berdugo

No comments
Post a Comment