Seorang wanita terkejut dengan kandungan e-mel yang dikirim seorang lelaki
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki djatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu selepas melakukan dan memulakan komunikasi lucah secara sedar dalam bentuk video kepada seorang wanita menggunakan aplikasi
e-melnya.
Tertuduh, Azmi Yahya, melakukan perbuatan kurang sopan itu terhadap wanita berkenaan dengan menghantar video lucah menggunakan akaun e-melnya kepada akaun e-mel milik wanita tersebut.
Kandungan video tersebut memaparkan perbuatan seorang perempuan yang tidak dikenali melakukan seks oral ke atas seorang lelaki.
Azmi mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan hakim Zulqarnain Hassan. Dia juga boleh dipenjarakan selama tiga bulan sekiranya gagal untuk membayar denda yang dikenakan.
Semua barangan kes diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dilupuskan.
Perbuatan menghantar kandungan lucah menerusi aplikasi e-mel merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 ataupun penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
e-melnya.
Seorang wanita dengan kandungan e-mel yang dikirim seorang lelaki kepadanya - gambar hiasan |
Tertuduh, Azmi Yahya, melakukan perbuatan kurang sopan itu terhadap wanita berkenaan dengan menghantar video lucah menggunakan akaun e-melnya kepada akaun e-mel milik wanita tersebut.
Kandungan video tersebut memaparkan perbuatan seorang perempuan yang tidak dikenali melakukan seks oral ke atas seorang lelaki.
Azmi mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan hakim Zulqarnain Hassan. Dia juga boleh dipenjarakan selama tiga bulan sekiranya gagal untuk membayar denda yang dikenakan.
Semua barangan kes diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dilupuskan.
Perbuatan menghantar kandungan lucah menerusi aplikasi e-mel merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 ataupun penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
No comments
Post a Comment