Suami bertindak membunuh diri selepas menetak isterinya
BUTTERWORTH: Seorang wanita warga Thailand maut akibat ditetak suaminya dalam kejadian di hadapan rumah mereka dekat Pangsapuri Taman Mesra Indah, di sini, petang tadi.
Difahamkan, selepas menetak mangsa, suspek dipercayai bertindak menggantung diri di dalam bilik rumah berkenaan, dalam kejadian jam 4.45 petang tadi.
Menurut sumber, selepas menetak mangsa, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumah dan bertindak mengunci pintu dari dalam serta membuka gas memasak di rumahnya.
"Polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian memecahkan pintu rumah dan menemui suspek yang sudah mati tergantung di kipas bilik tidur utama rumah berkenaan," katanya. Unit Forensik masih di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.-hmetro

No comments
Post a Comment