Tahu tak di mana anda boleh dapat jersi berkualiti dengan harga murah
TERDAPAT dua lokasi tumpuan warga Malaysia apabila berkunjung di Sungai Golok sama ada untuk mendapatkan barangan keperluan harian ataupun pakaian.
Dua lokasi yang dimaksudkan ialah pekan Sungai Golok itu sendiri dan sebuah lagi iaitu Pasar Munduk, terletak kira-kira sembilan kilometer dari pintu masuk Imigresen Malaysia - Thailand di Rantau Panjang.
Kedua-dua tempat tumpuan ini turut menawarkan barangan pada harga sama, bezanya cuma lokasi seperti Pasar Munduk terletak berhampiran dengan kawasan perkampungan di Rantau Panjang dan Sungai Golok.
Salah satu tarikan yang menjadi tumpuan bagi orang kita berkunjung ke sana adalah untuk mendapatkan pakaian seperti jersi, seluar jean dan kasut pada harga yang murah.
Meskipun barang-barang tersebut bukanlah produk yang tulen, namun kualitinya juga baik serta tahan lama.
Menurut salah seorang peniaga di Pasar Munduk, Sungai Golok, Hussin Mat, 34, pasar di pekan Sungai Golok itu memang terkenal dalam kalangan kaki-kaki barangan tiruan.
“Harga sehelai jersi tulen pasti mencecah ratusan ringgit, tetapi tidak di sini. Meskipun jersi, seluar jean berjenama terkenal yang dijual di sini tidak tulen, namun kualitinya bagus.
“Sebagai contoh, apabila pelanggan membeli jersi atau seluar jean, mereka memilih jenis kain dan kekemasan jahitan. Kalau logo pula, sudah pasti mereka memilih yang bersulam berbanding cetak kerana lebih tahan lama.
“Untuk mendapatkan pakaian berkualiti seperti yang tulen pasti harganya mahal. Jadi, di sini pelanggan boleh mendapatkan jersi tiruan yang selalu disebut sebagai ‘gred A’, katanya ketika tinjauan S2 di Pasar Munduk, Sungai Golok.
Tambah beliau lagi, tidak susah pengunjung untuk datang ke Pasar Munduk meskipun kawasan tersebut terletak agak jauh dari pekan Sungai Golok.
“Kalau datang ikut pekan Sungai Golok memang jauh. Kalau naik motosikal sewa dari sana, selalunya mereka tidak mahu hantar sampai ke sini.
“Kalau dari Kelantan, abang boleh datang ke sini ikut jalan Rantau Panjang - Pasir Mas, dekat Kampung Guntong, ada orang letak papan tanda ke Pasar Munduk.
“Sampai di sana, abang boleh naik bot, terus sampai ke Pasar Munduk. Cuma ada hari-hari tertentu sahaja, orang tempatan dibenarkan menyeberangi Sungai Golok. Kawasan tepi sungai di sepanjang Sungai Golok dikawal ketat oleh anggota tentera Malaysia,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menyarankan pengunjung datang menaiki bot kerana laluan tersebut dikira menyalahi undang-undang kedua-dua negara. Sebaiknya datang mengikut laluan sempadan Imigresen Malaysia dan Thailand dekat pekan Sungai Golok.
“Usahlah menyeberang ikut sungai, khuatir isu keselamatan dan sebagainya. Sebab sebelum ini, banyak kali terjadi bot penambang terbalik dan ramai orang lemas. Jadi, baik masuk ikut pintu sempadan” ujarnya.-utusanonline
HUSSIN Mat bergambar di hadapan kedainya dekat Pasar Munduk di Sungai Golok yang menjual pelbagai jenis pakaian tiruan berjenama dengan harga yang murah |

No comments
Post a Comment