Isteri trauma suami pula bimbang, kawasan itu memang sunyi waktu malam
SUNGAI BESAR - “Setiap kali pulang ke rumah, isteri trauma sebab rumah kami pernah dimasuki pencuri,” demikian kata seorang penduduk selepas rumahnya di Jalan 13 Taman Padu Permai Sungai Besar, di sini, dipecah masuk.
Mohd Nurul Zaiman Mansor, 33, berkata, kejadian pecah rumah pada 18 Januari lalu itu meninggalkan kesan mendalam terhadap isterinya, Nor Asmira Abdul Rahman, 33, setiap kali wanita itu pulang ke rumah selepas mengajar di sebuah sekolah menengah di sini.
“Walaupun kejadian (pecah masuk) berlaku semasa kami tiada di rumah, tapi perasaan takut tu tetap ada, lebih-lebih lagi kalau isteri sampai rumah terlebih dulu,” katanya.
Mohd Nurul yang menetap di situ sejak tiga tahun lalu berkata, masih terdapat beberapa rumah di lorong taman itu masih tidak berpenghuni termasuk di kediaman sebelah kirinya yang ditinggalkan kosong.
“Kawasan ni memang sunyi terutama jika waktu malam. Kita bimbang jika mereka (pencuri) bertindak lebih berani dengan masuk ke dalam rumah.
“Kami harap pihak berkuasa dapat tingkatkan rondaan di kawasan ini memandangkan kejadian ini adalah kali kedua berlaku selepas sebuah rumah di taman ini dipecah masuk tahun lalu,” katanya.
Mengimbau peristiwa rumahnya dipecah masuk, Mohd Nurul yang tiada di rumah semasa kejadian berkata, kejadian itu hanya disedari isterinya selepas pulang dari sekolah kira-kira jam 5.30 petang.
“Sebaik isteri sampai di rumah dia terkejut tengok barang dalam rumah dah bersepah. Dia masuk ke bilik bawah tengok keadaan bilik berselerak dan dia kemudiannya hubungi saya maklumkan kejadian itu.
“Waktu tu saya dalam perjalanan balik ke rumah selepas hadir ke mesyuarat di Klang. Bila sampai di rumah saya tengok keadaan rumah dah tak terurus. Kami terus buat laporan polis pada malam kejadian di Balai Polis Sungai Besar,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah berkata, pencuri itu dipercayai masuk selepas gril besi tingkap di bilik tingkat bawah rumahnya diumpil dan dipotong.
“Berdasarkan kesan umpilan saya rasa yang masuk ke dalam rumah ini mungkin mereka yang bertubuh kecil sebab ruang masuk amat sempit, malah barangan besar juga tidak sempat dikebas,” katanya.
Katanya, kejadian menceroboh masuk rumah dua tingkatnya itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami kerugian kira-kira RM7,000 selepas beberapa barangan dilarikan.
“Antara barangan berharga yang hilang seperti kamera Nikon D3200, komputer riba, tiga cincin emas, rantai tangan, rantai dan subang,” katanya.-sinarharian
Mohd Nurul Zaiman Mansor, 33, berkata, kejadian pecah rumah pada 18 Januari lalu itu meninggalkan kesan mendalam terhadap isterinya, Nor Asmira Abdul Rahman, 33, setiap kali wanita itu pulang ke rumah selepas mengajar di sebuah sekolah menengah di sini.
“Walaupun kejadian (pecah masuk) berlaku semasa kami tiada di rumah, tapi perasaan takut tu tetap ada, lebih-lebih lagi kalau isteri sampai rumah terlebih dulu,” katanya.
Mohd Nurul yang menetap di situ sejak tiga tahun lalu berkata, masih terdapat beberapa rumah di lorong taman itu masih tidak berpenghuni termasuk di kediaman sebelah kirinya yang ditinggalkan kosong.
“Kawasan ni memang sunyi terutama jika waktu malam. Kita bimbang jika mereka (pencuri) bertindak lebih berani dengan masuk ke dalam rumah.
Mengimbau peristiwa rumahnya dipecah masuk, Mohd Nurul yang tiada di rumah semasa kejadian berkata, kejadian itu hanya disedari isterinya selepas pulang dari sekolah kira-kira jam 5.30 petang.
“Sebaik isteri sampai di rumah dia terkejut tengok barang dalam rumah dah bersepah. Dia masuk ke bilik bawah tengok keadaan bilik berselerak dan dia kemudiannya hubungi saya maklumkan kejadian itu.
“Waktu tu saya dalam perjalanan balik ke rumah selepas hadir ke mesyuarat di Klang. Bila sampai di rumah saya tengok keadaan rumah dah tak terurus. Kami terus buat laporan polis pada malam kejadian di Balai Polis Sungai Besar,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah berkata, pencuri itu dipercayai masuk selepas gril besi tingkap di bilik tingkat bawah rumahnya diumpil dan dipotong.
Mohd Nurul menunjukkan tingkap rumahnya yang telah dibaik pulih, selepas diumpil dan dipotong pencuri. |
Katanya, kejadian menceroboh masuk rumah dua tingkatnya itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami kerugian kira-kira RM7,000 selepas beberapa barangan dilarikan.
“Antara barangan berharga yang hilang seperti kamera Nikon D3200, komputer riba, tiga cincin emas, rantai tangan, rantai dan subang,” katanya.-sinarharian
No comments
Post a Comment