Terkini

Syarikat beri patung seks sebagai ganjaran kepada pekerja lelaki cemerlang

Beijing: Sebuah syarikat Internet di China menghadiahkan patung seks kepada pekerja lelaki cemerlang sebagai ganti kepada bayaran bonus.

Syarikat beri patung seks sebagai ganjaran kepada pekerja lelaki cemerlang

Syarikat Lianlian yang berpangkalan di Guangzhou itu memberi hadiah berkenaan kerana kelembapan ekonomi menyebabkan kekurangan dana untuk memberi bonus dalam bentuk wang tunai.

Lianlian sebuah syarikat yang membangunkan aplikasi mencari pasangan di komputer dan telefon pintar.

Ketua Eksekutif Lianlian, Wang Yuzhu berkata, hadiah istimewa itu diberi kepada pekerja lelaki cemerlang dan masih bujang.

“Mereka juga diminta menunjukkan cara beraksi dengan patung berkenaan,” katanya.

Syarikat beri patung seks sebagai ganjaran kepada pekerja lelaki cemerlang
Seorang pekerja Lianlian menutup mukanya kerana malu selepas dihadiahkan patung seks oleh majikannya
Menurutnya, selain patung seks, pekerja cemerlang juga dihadiahkan tiket kereta api, bahan makanan serta kupon berhibur di pusat karaoke.

Kelembapan ekonomi menyebabkan banyak syarikat di China tidak memperoleh keuntungan yang diharapkan dan memberi bonus tahunan kepada pekerjanya.

Bagaimanapun, beberapa syarikat menggantikan bonus itu dengan pelbagai hadiah sebagai tanda menghargai pekerja yang cemerlang. - Agensi/hmetro

No comments