Terkini

Siapa agaknya jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Farahdhiya?

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengakui dia seorang wanita yang sukar untuk jatuh cinta dan ia juga penyebab mengapa dia masih bersendirian.

Siapa agak jejaka bertuah yang berjaya menawan hati aktress jelita Farahdhiya?
Farahdhiya Mohemed Amin


Pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin, 32, ini berkata, ada lelaki cuba mendekatinya namun enggan membuang masa sekiranya tidak berminat dengan individu berkenaan.

"Hendak kata saya kecewa dan takut untuk bercinta, tidak. Tetapi saya sendiri sebenarnya seorang yang sukar jatuh cinta.

"Mungkin masanya belum sesuai dan tidak bertemu dengan lelaki yang benar-benar menarik perhatian saya," katanya.

Dalam pada itu, Farahdhiya menjelaskan kesibukan dengan kerjaya seni turut menjadi punca dia masih tidak mempunyai teman lelaki.

Farahdhiya bagaimanapun berkata, ia bukan satu masalah kepadanya kerana masih belum bersedia untuk bercinta.

"Jujur saya katakan sekarang memang tiada teman lelaki kerana sibuk dengan kerjaya nyanyian dan lakonan tetapi ia bukanlah satu masalah.

"Saya sendiri belum terfikir mengenai soal kahwin dan selesa dengan keadaan sekarang," katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seninya, Farahdhiya berkata, sejak bergelar naib juara program Gegar Vaganza 2, jadualnya padat dengan pelbagai undangan nyanyian.

Bagaimanapun katanya, dia masih aktif berlakon dan kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Bodyguard.

"Alhamdulillah rezeki memang murah selepas Gegar Vaganza dan saya kena bahagi-bahagikan masa di antara lakonan dan nyanyian.

"Setakat ini hujung minggu memang jadual padat dengan undangan nyanyian manakala pada hari biasa saya sibuk di lokasi penggambaran," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia bakal tampil dengan single terbaharu ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Keon dalam masa terdekat ini.-mstar

No comments