Terkini

Saya melihatnya meronta-ronta, cuba membantu tapi tidak berjaya lalu...

Jelebu: Ketua Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Muhammad Syamil Roslan berkata, bomba menerima panggilan 6.03 dan dua anggota tiba di lokasi kejadian pada 6.30 petang.

Saya melihatnya meronta-ronta, cuba membantu tapi tidak berjaya lalu...

Seekor kucing yang kepalanya tersepit dalam tin sardin kosong di Kampung Petasih, di sini, diselamatkan pasukan bomba, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, lima sekeluarga yang baru pulang ke rumah melihat seekor kucing meronta-ronta berhampiran tong sampah di hadapan rumah mereka.

Saya melihatnya meronta-ronta, cuba membantu tapi tidak berjaya lalu...

Raziana Mohd Said, 27, berkata, dia membuang tin berkenaan dalam tong sampah tengah hari tadi sebelum mereka sekeluarga keluar ke Kuala Klawang, dekat sini.

"Sebaik pulang semula ke rumah, saya melihat kucing meronta-ronta kerana kepalanya tersepit dalam tin kosong berkenaan dan saya cuba mengeluarkannya namun tidak berhasil lalu menghubungi bomba," katanya.

Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan kepala kucing itu menggunakan alat pemotong khas.-hmetro

Saya melihatnya meronta-ronta, cuba membantu tapi tidak berjaya lalu...

No comments