Terkini

"Saya hanya ingat asap yang tebal, dan terasa darah membasahi muka"

LONDON – Kirby Sheen, 24, dari Salford mahu menguji bateri vape milik pasangannya, Adam Burgess, 27, selepas rokok elektrik miliknya tidak berfungsi.

"Saya hanya ingat  asap yang tebal, dan terasa darah membasahi muka"
Kelopak mata Sheen yang cedera akibat letupan 

Namun, gajet itu meletup secara tiba-tiba menyebabkan kelopak matanya terbelah dua dan dia terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam untuk merawat luka terbabit.

“Saya hanya ingat asap yang tebal dan bunyi meletup selain merasai sesuatu objek terkena bahagian mata saya, sehingga menyebabkan darah membasahi muka saya.

“Saya berasa bersyukur dua anak perempuan saya yang kebetulan berada di tempat kejadian, tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata wanita itu.

Kirby Sheen 
Ekoran kejadian itu, Sheen dan Burgess tidak lagi menggunakan vape kerana menyifatkan gajet berkenaan terlalu bahaya dan juga mengharamkan rokok elektrik digunakan di dalam rumah mereka.

“Vape lebih berbahaya daripada merokok kerana kejadian itu boleh meragut nyawa atau membutakan mata saya.

“Saya mahu masyarakat sedar tentang bahaya gajet ini dan pihak pengeluar vape itu telah dihubungi untuk memberikan penjelasan tentang punca kejadian tersebut,” katanya.-mailonline

No comments