Terkini

Gara-gara gangguan seksual, guru yoga diarah bayar ganti rugi RM3.9 juta

Los Angeles – Mahkamah di sini mengarahkan pengasas yoga Bikram membayar ganti rugi sebanyak AS$924,500 (RM3.9 juta) kepada bekas penasihat undang-undangnya yang mendakwa dipecat kerana menyiasat tuduhan gangguan seksual terhadap majikannya, lapor The Los Angeles Times.

Gara-gara gangguan seksual, guru yoga diarah bayar ganti rugi RM3.9 juta

Menurut akhbar itu, Minakshi Jafa-Bodden, bekas peguam peribadi kepada guru yoga selebriti, Bikram Choudhury, diberi pampasan oleh juri Los Angeles bagi tuntutan diskriminasi, pembalasan dan gangguan seksual.

Difahamkan, Choudhury melakukan gangguan seksual terhadap Jafa-Bodden, termasuk cuba menyentuh tubuhnya dan meminta beliau menginap bersama di sebuah bilik suite hotel.

“Pada Jun 2013, Choudhury memecatnya apabila dia mula menyiasat dakwaan gangguan seksual oleh wanita lain,” kata peguam Jafa-Bodden, Carla Minnard.

Peguam Choudhury, Robert Tafoya, gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Choudhury, 69, membina empayar menerusi Bikram yoga, rutin ketat 90 minit yang dilakukan di dalam bilik dengan suhu mencecah lebih 38 celsius.

Teknik ini diajar di lebih daripada 650 studio di seluruh dunia dan menarik ramai pengikut setia.

Gara-gara gangguan seksual, guru yoga diarah bayar ganti rugi RM3.9 juta

No comments