Terkini

Anda telah menonton filem Ola Bola? 7 perkara menarik tentang Ola Bola

Bagi anda yang belum menonton filem Ola Bola, di sini  kongsikan tujuh perkara menarik tentang Ola Bola.

Anda telah menonton filem Ola Bola? 7 perkara menarik tentang Ola Bola

1. Nama Ola Bola

Mengapa Ola Bola? Perkataan 'Ola' membawa maksud 'Hello' manakala 'Bola' dalam Bahasa Malaysia adalah sama dengan Bahasa Portugis yang digunakan secara meluas di Brazil.

2. Pengarah Filem Ola Bola

Pengarah Chiu Keng Guan merupakan bekas penyerang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolahnya.

3. Jumlah Penggambaran

Pra-produksi mengambil masa lebih setahun sebelum sesi penggambaran di jalan. Jumlah sesi penggambaran adalah 50 hari. Manakala pasca-produksi hanya mengambil masa empat bulan.

4. Dolby Atmos

Ola Bola merupakan filem pertama yang menggunakan kesan bunyi Dolby Atmos.

5. Visual Dari Argentina

Menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood.

6. Set Penggambaran Fun Fair

Membina khas pesta set Fun Fair. Set penggambaran di Fun Fair tersebut mulanya dilukis secara lakaran kemudian ia dimasukkan ke komputer untuk proses 3D dan akhirnya barulah ia dibina mengikut hasil 3D berkenaan.

7. Miss Astro Chinese

Watak katrina Ho, iaitu kekasih kepada watak Taukeh dipegang oleh tempat kedua Miss Astro Chinese International Pageant 2009.


Artikel asal - mediahiburan

No comments