Terkini

Saksikan video aksi mamat berani mati meluncur di Jalan Seremban-Jelebu

Seremban: Polis sedang mengesan individu yang melakukan aksi 'street lugging' atau meluncur melalui jalan menuruni bukit dengan berbaring di atas papan selaju di Jalan Seremban-Jelebu, di sini, semalam.

Saksikan vieo mamat berani mati meluncur di Jalan Seremban-Jelebu
Saksikan vieo mamat berani mati meluncur di Jalan Seremban-Jelebu
Aksi individu terbabit dirakam dan dimuat naik Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok, di laman sosial Facebooknya semalam, dan ianya menjadi ‘viral’.

Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihaknya ada menerima maklumat awam mengenai aktiviti yang membahayakan peluncur itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Kita (polis) sedang menjalankan siasatan bagi mengesan identiti peluncur terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Tindakan peluncur itu bukan saja membahayakan keselamatannya malah pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Seng Kok berkata, dia memandu di jalan berkenaan terkejut apabila dipotong dari arah kiri oleh peluncur terbabit ketika melalui selekoh dan tindakan itu membahayakan nyawa peluncur itu sekiranya terbabas.-hmetro



No comments