Terkini

Kenakan caj terlalu tinggi, pakar bedah terkenal singapura berdepan tindakan

SINGAPURA: Seorang pakar bedah terkemuka yang melaksanakan pemindahan hati pertama dunia berdepan hukuman dilucutkan kelayakan sebagai pakar perubatan selepas didakwa mengenakan bayaran STG12 juta (RM71.76 juta) terhadap adik perempuan Permaisuri Brunei untuk rawatan kanser payu dara.

Kenakan caj terlalu tinggi, pakar bedah terkenal singapura berdepan tindakan

Dr Susan Lim Mey Lee yang berpangkalan di republik ini dan ahli Majlis Perubatan Umum (GMC) di London adalah pakar dalam pembedahan dibantu robot serta kajian sel tunjang selain pernah menjalankan pembedahan pemindahan hati berjaya pertama di dunia pada tahun 1990-an.

Walaupun dihormati, beliau kini berdepan hukuman dilucutkan kelayakan selepas GMC melakukan siasatan terhadap bayaran melampau tinggi yang dikenakan ke atas keluarga diraja Brunei.

Satu siasatan dilancarkan Majlis Perubatan Singapura (SMC) pada 2012 mendapati beliau mengenakan bayaran sebanyak RM71.76 juta kerana menguruskan rawatan saudara perempuan Permaisuri Brunei, Pengiran Anak Hajah Saleha, Pengiran Anak Hajah Damit, dalam tempoh enam bulan pada 2007.

SMC mendapati beliau bersalah atas 94 tuduhan dan menggantungnya tugasnya sebagai pengamal perubatan selama tiga tahun atas salah laku serius. Dr Lee juga didenda STG5,000 (RM29,898) dan diarahkan berjanji mengenakan bayaran adil dan munasabah pada masa depan. - Agensi

No comments