Terkini

Majikan kejam!!..enggan tanggung kos rawatan, suruh pekerja bunuh diri

Beijing: Xinhua melaporkan, Yuan Longhua, 38, jatuh ke dalam tong berkenaan pada 1 Ogos lalu selepas bekerja selama 13 jam tanpa rehat di kilang milik majikannya, CQC Group.

Majikan kejam!!..enggan tanggung kos rawatan, suruh pekerja bunuh diri
Yuan Longhua yang melecur 99 peratus badan sedang dirawat di hospital


Seorang pekerja kilang di Yunnan yang mengalami lecuran pada 99 peratus badannya selepas terjatuh dalam tong besar berisi sisa buangan disuruh membunuh diri selepas majikannya enggan membayar yuran perubatannya.

Sejak itu, Yuan menjalani lima pembedahan graf kulit selain kaki kanannya terpaksa dipotong.

Awal Oktober lalu, CQC mula melewatkan bayaran perubatannya selain cuba memujuk abangnya, Longyun, untuk menghentikan rawatan supaya mangsa meninggal dunia dan syarikat akan membayar pampasan kepada keluarganya.

Wakil syarikat dilaporkan menghantar pesanan ringkas kepada Longyun yang berkata: “Kami mencadangkan anggota keluarga menyuruh hospital menghentikan rawatan. Selepas dia mati kami akan membayar pampasan.”

Longyun kemudian menjawab: “Maksud kamu, kami patut melakukan eutanasia? Kamu tidak akan menyediakan rawatan untuknya?”

Namun, katanya, dia tidak menerima jawapan kepada soalan itu.

“Sejak kemalangan adik saya, majikannya tidak pernah sekalipun datang melawat.

“Kami tidak mempunyai nombor telefonnya dan hanya mampu berhubung dengannya melalui wakil syarikat,” kata Longyun.

Katanya, sejak CQC mengelak bayaran, keluarganya berjaya mengumpulkan 30,000 yuan (RM19,000) untuk meneruskan rawatannya. Malangnya, adiknya masih berhutang 90,000 yuan (RM5,800) untuk yuran perubatannya.

CQC kini mencari cara untuk membayar rawatan Longhua, namun seorang doktor yang mengendalikan kes itu berkata, syarikat itu tidak bijak menangani isu berkenaan.

“CQC tidak sepatutnya menangguhkan pembayaran. Jika bayaran dibuat secepat mungkin, mangsa juga mendapat rawatan sepatutnya dengan segera seterusnya tidak memerlukan wang lagi untuk rawatan susulan,” katanya. - Agensi

No comments