Terkini

Pelajar 14 tahun akui seks luar tabii jadi amalan dia dan rakan-rakan

Setelah menamatkan pengajian, saya telah hamil hasil hubungan dengan kekasih saya yang juga merupakan adik angkat saya di universiti”, ujar Aliya, seorang graduan universiti yang hamil anak teman lelakinya.

Pelajar 14 tahun akui seks luar tabii jadi amalan dia dan rakan-rakan
Pelajar 14 tahun akui seks luar tabii jadi amalan dia dan rakan-rakan

Sementara Liyana, seorang pelajar sekolah yang berumur 14 tahun berkata, rakan-rakan sekolahnya cukup arif dalam perihal hubungan seksual, kondom malah seks luar tabii yang kerap diamalkan dalam kalangan rakan-rakannya.

Selain itu, seorang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur turut menyatakan bahawa para pelajar sekolahnya dididik dalam ilmu mengenai kesihatan seksual namun tidak diajar oleh guru mengenai hubungan seksual yang selamat walaupun pihak sekolah sedar akan angka pelajar yang aktif secara seksual.

“Kami hanya bercumbuan”, ujar Yasmin yang baru berumur 18 tahun dan mengaku kekasih dan dirinya masing-masing terbuka untuk melakukan hubungan seksual luar nikah tanpa pengetahuan keluarganya yang konservatif.

Mia, sorang pelajar dari sebuah sekolah swasta terkemuka di Negeri Sembilan turut menambah, “Biasanya di sekolah, saya dan teman lelaki cuba berjumpa di tandas untuk melakukan seks luar tabii kerana seks tersebut lebih dinikmati di dalam ruang yang sempit tetapi kami belum sempat melakukannya lagi”, ujar Mia yang menyuarakan hasratnya untuk melakukan seks luar tabii bersama teman lelakinya, Nick di tandas sekolah mereka.

Joy, seorang bekas pelajar berasrama telah kehilangan ‘makhotanya’ ketika menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

“Saya dan beberapa rakan menyertai sebuah kumpulan perkhemahan dan saya telah melakukan seks dengan salah seorang daripada ahli kumpulan kami” ujar Joy yang merahsiakan nama lelaki tersebut.

Seorang penuntut tempatan yang juga kerap pergi ke gimnasium menyatakan bahawa beliau telah meniduri sekurang-kurangnya tiga orang perempuan bawah umur selepas menggunakan applikasi popular Tinder, iaitu sebuah aplikasi untuk bertemu dengan pengguna lain yang ingin melakukan seks dengan cepat.

Contoh-contoh di atas merupakan sebahagian kecil daripada angka statistik kes rogol di Malaysia dan lebih dari 50 peratus melibatkan mangsa di bawah umur. Apakah kesudahannya?

Adat dan tradisi di negara kita telah berubah dek modernisasi namun tidak dinafikan lagi kesan buruk akibat kurang pendidikan kepada para remaja mengenai seks akan diakhiri dengan anak luar nikah dan keruntuhan moral.

Mengapa Ibu Bapa Malaysia Harus Berwaspada

“Ibu bapa tidak yakin dengan angka dan kajian dilakukan mengenai aktiviti seks yang dilakukan oleh anak-anak mereka”, tambah Mak Chee Kin, pengerusi Gerakan Pendidikan Ibu Bapa Melaka.

Chee Kin berlata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada sesi media Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia awal bulan ini mengenai rogol bawah umur dan turut menggesa ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengenai isu ini, lapor sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya lagi, sekurang-sekurangnya 51 peratus daripada kes-kes rogol dalam tempoh tiga tahun melibatkan kes yang melibatkan mereka yang di bawah umur 18 tahun.

Berdasarkan angka yang tertera, golongan ibu bapa di Malaysia haruslah lebih berwaspada kerana menurut Population Action International, sebuah badan yang berkait rapat dengan bantuan perancangan keluarga bertaraf antarabangsa mengeluarkan laporan yang bertajuk ‘Sexual & Reproductive Health Policies for a Youthful World’, menyatakan bahawa kebanyakkan golongan muda menjadi aktif secara seksual berumur di antara 10 tahun dan 20 tahun.

Laporan tersebut menyatakan bahawa satu dalam dua puluh wanita di Amerika Syarikat akan hamil setiap tahun.

Malah pada 2013, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) telah melaporkan sebanyak 30 peratus remaja perempuan telah hamil sebelum memasuki umur 20 tahun.

Di United Kingdom, angka kehamilan remaja telah mencapai angka yang tinggi di mana nisbah 2.9 daripada 100 remaja perempuan direkodkan telah melahirkan anak dalam lingkungan usia antara 15 tahun dan 19 tahun.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan, ibu bapa, golongan pendidik dan masyarakat telah gagal untuk membentuk golongan muda dengan ilmu, kemahiran dan sumber-sumber yang amat diperlukan bagi memastikan mereka melayari bahtera ke alam kedewasaan dengan cara-cara yang sihat.

“Dalam masyarakat yang memandang seks luar nikah sebagai sesuatu yang serong, ahli masyarakat yang lebih dewasa mengekang informasi mengenai kesihatan seks dan penyakit-penyakit berkaitannya dengan harapan agar golongan muda tidak terjebak dengan aktiviti seksual pada usia yang muda”, tambah laporan tersebut.

Seawal Umur 5 Tahun

Rosmah, seorang surirumah yang berumur 32 tahun bimbang akan situasi anaknya yang berumur 5 tahun kerana terdedah dengan pelbagai unsur-unsur negatif di alam maya.

Menurut Rosmah, dia khuatir kerana anaknya yang kecil akan membesar dengan persekitaran negatif namun akan mendidiknya dengan nilai-nilai murni dan dan keagamaan.

Rosmah menyatakan bahawa peranti mudah alih seperti iPad dan tablet-tablet pada zaman ini berisiko untuk mendedahkan anak-anak kepada unsur-unsur lucah yang negatif kerana kemudahan yang terdapat di hujung jari.

“Anak saya pernah menari bersama rakan tadikanya dan saya agak risau dengan pergerakan tarian yang dilakukan olehnya dan di mana dia mempelajari pergerakan tersebut” ujar Rosmah yang menceritakan pengalaman tersebut ketika bertemu para ibu di tadika anaknya.

Tambah Rosmah, dia merasakan bahawa umur 16 tahun merupakan terlalu awal untuk anaknya terdedah dengan perihal seks dan seksual namun bercadang untuk mendidiknya setelah berumur lebih daripada 16 tahun agar dia tidak ketinggalan.

Malah, dia bercadang untuk memerhatikan anaknya dengan lebih dekat apabila anaknya mempunyai telefon pintar dengan memantau setiap pergerakannya kerana risau akan tingkah lakunya apabila dewasa kelak.

Mak Jumpa Pil Perancang

Farah, sorang gadis berumur 20 tahun menceritakan pengalamannya di mana ibunya telah naik angin selepas terjumpa pil perancang keluarga dalam beg tangannya.

Akibat daripada insiden tersebut, ibunya sentiasa memerhati setiap gerak gerinya.

“Selepas situasi tersebut, ibu meletakkan pengesan GPS dalam telefon pintar saya dan mengikut segala gerak langkah saya dan menelefon saya setiap masa”, ujar Farah.

“Beberapa lama kemudian, mak dan ayah meletakkan kepercayaan mereka kembali dan saya tidak lagi berselindung apa-apa dari pengetahuan mereka”, tambah Farah.

Malah, Farah berpendapat bahawa peredaran masa telah mengubah pandangan masyarakat namun dia masih berpegang dengan apa yang lebih penting berbanding dirinya.

“Jika saya mempunyai anak suatu hari nanti, saya akan menasihati mereka tentang seks kerana ia tidak dapat dihalang namun lebih mengutamakan untuk mencapai apa yang lebih penting untuk diri mereka seperti pendidikan dan kerjaya” ujar Farah kepada Malaysian Digest.

Anak Saya Pengamal Seks Bebas Dan Saya ‘OK’

Susan, seorang ibu berusia 43 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur sedar yang 5 dari 10 orang remaja pada zaman ini pernah melakukan hubungan seks.

“Saya tahu anak saya telah melakukan seks ketika usianya 19 tahun bersama teman lelakinya”, ujar ibu tersebut.

Susan yang turut mengaku mempunyai sifat terbuka bersama anak-anaknya dan tidak khuatir apa yang telah dilakukan oleh mereka kerana mereka telah meminta nasihat darinya terlebih dahulu sebelum melulu melakukan apa-apa keputusan.

“Jika saya berpura-pura tidak tahu ataupun tidak mengambil kisah, itu akan mengakibatkan lebih banyak perkara buruk dan saya rasa itu lebih mundur berbanding berbincang mengenai seks secara baik dengan anak saya”, jelas Susan.

Menurut Susan lagi, ramai ibu bapa berjumpa dengannya untuk meminta nasihat dalam mengendali perkara sama dengan anak-anak mereka.

Namun jelasnya, latar belakang mereka yang konservatif agak sukar untuk diubah.

“Ibu bapa harus sedar yang anak-anak tidak takut untuk mencuba jadi jalan penyelesaian terbaik semestinya mendidik mereka untuk melakukannya dengan cara yang selamat dan risiko-risiko yang terlibat,” katanya.

Umur 15 Tahun - Masa ‘Cubaan’ Seksual Kanak-Kanak

Malaysian Digest turut menemubual ‘pendidik seks’ June Low, iaitu pengendali blog www.goodsexed.info yang menyarankan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke kelas pendidikan seks.

June yang sedang menjalankan kelas mingguan di Pusat Rakyat Loyar Burok telah memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari kelas seks berpendapat pendidikan seks di Malaysia yang lebih fokus kepada mencegah dari melakukan seks tidak berkesan terhadap golongan muda.

“Saya bukan semua yang berada di dalam kelas saya melakukan hubungan seks namun berdasarkan soalan yang diajukan, saya dapat meneka bahawa mereka tahu apa yang diperkatakan tetapi tidak sedar kesan dari melakukan perkara-perkara tersebut.

Pendidikan seks bagi golongan muda terutamanya remaja penting kerana pendidikan mereka tidak berakhir di dalam kelas. Mereka membincangkan apa yang telah dipelajari di rumah bersama keluarga yang menjangkau lebih dari kesihatan reporduktif.

Selain itu, June turut menyatakan kajian telah menunjukkan pendidikan seks yang menyeluruh dapat melewatkan aktiviti seks dan mengurangkan bilangan pasangan dalam kalangan remaja, serta meningkatkan penggunaan kondom dan alatan pencegah kehamilan.

Natijahnya, remaja yang terdedah terhadap pendidikan seks yang menyeluruh tidak berkemungkinan untuk menjadi aktif secara seksual ataupun terdedah dengan risiko masalah kesihatan berkaitan dengan seks

Sumber: Malaysian Digest

No comments