Fenomena membekukan "jeans" jadi ikutan sebahagian penduduk dunia
MINNESOTA – Apakah perasaan anda agaknya bila keluar rumah ternampak seluar jeans berdiri tegak tanpa pemakainya tambahan waktu malam pula.
Fenomena membekukan seluar yang bermula sebagai bahan jenaka oleh seorang penduduk di timur laut Minneapolis, kini tersebar dan menjadi ikutan sebahagian penduduk di seluruh dunia.
Gambar Tom Grotting yang meninggalkan seluar bekunya dalam bentuk menegak di sekitar kediaman serta berhampiran pejabatnya, pada mulanya dipopularkan oleh kumpulan pengguna laman Facebook, I Love NE Minneapolis sebelum terus menjadi perhatian awal minggu ini sebaik sahaja fenomena itu diberi liputan meluas media, Twin Cities.
Selain itu, akhbar-akhbar dan stesen-stesen televisyen di Kanada, Eropah, dan Amerika Selatan juga terkesan dengan fenomena itu dan menyifatkannya sebagai ‘trend’ terbaharu sempena ketibaan musim sejuk.
The Star Tribune melaporkan, orang ramai berasa pelik melihat gambar berkenaan, manakala majalah Esquire pula meminta supaya perbuatan membekukan seluar dihentikan kerana imej berkenaan disifatkan sebagai menyeramkan.
Kenyataan sama turut disuarakan oleh akhbar The Huffington Post.
Sementara itu, USA Today pula menyifatkan seluar beku tanpa pemakai itu sebagai hiasan laman yang hebat selain boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama mengikut kreativiti masing-masing.
Di laman sosial Twitter pula, fenomena membekukan seluar itu mula merebak ke tempat lain termasuklah Ohio serta beberapa negara lain iaitu Kanada, Jerman dan Rusia.
Idea asal dicetuskan oleh Tom Grotting |

No comments
Post a Comment