Terkini

Lamborghini terbabas dan remuk teruk, Datuk dan pekerja nyaris maut

Kuantan: Sebuah kereta Lamborghini dipandu seorang wanita  terbabas melanggar besi penghadang di tengah jalan di Kilometer 234.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berhampiran Plaza Tol Kuantan, petang tadi.

Pemandu dan penumpang nyaris maut, Lamborghini terbabas dan remuk teruk
Pemandu dan penumpang nyaris maut, Lamborghini terbabas dan remuk teruk

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, Datuk Lawrence Ng Teck, 59, seorang pengurus konsultan di Kuala Lumpur luka ibu jari tangan kanan, pinggang dan badan serta hidung.

Pekerjanya, Norfarahliya Daud, 26, luka di paha kanan dan tangan kiri. Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan di sebuah klinik di bandar ini.

Pemandu dan penumpang nyaris maut, Lamborghini terbabas dan remuk teruk
Norfarahliya yang memandu Lamborghini mengalami kecederaan
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Norfarahliya dari Kuala Lumpur ke Kuantan terbabas ke kanan lalu melanggar besi penghadang di tengah jalan.

Pemandu dan penumpang nyaris maut, Lamborghini terbabas dan remuk teruk

Katanya, pemandu kereta dikatakan hilang kawalan selepas cuba mengelak haiwan melintas jalan.

Pemandu dan penumpang nyaris maut, Lamborghini terbabas dan remuk teruk
Norfarahliya diselamatkan oleh orang ramai
"Ketika kejadian permukaan jalan basah akibat hujan renyai. Kemalangan itu masih dalam siasatan," katanya.

Pemandu dan penumpang nyaris maut, Lamborghini terbabas dan remuk teruk


Pemandu dan penumpang nyaris maut, Lamborghini terbabas dan remuk teruk




sumber-hmetro

No comments