Pertemuan pertama Najib dan Mukhriz selepas tercetus isu ganti Mukhriz
LANGKAWI – Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini meminta semua rakyat Kedah bertenang dan bersabar dalam berhadapan dengan usaha untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar negeri itu.
Sambil menggunakan istilah ‘terus sabar cara orang Kedah’, beliau yang kelihatan tenang menegaskan, apa yang berlaku ketika ini adalah masalah dalaman parti dan tidak seharusnya terpalit kepada rakyat dan negeri Kedah.
“Saya mohon bertenang dan bersabar, kita ni bukan nak langgar sesiapa cuma nak ikut peraturan dan undang-undang, kalau saya dipilih secara sah, harap-harap dikekalkan secara sah.
“Saya tidak ada masalah untuk serah jawatan sebagai MB, kalau dirasakan rakyat tidak lagi menyokong saya, tetapi sebenarnya di peringkat akar umbi, mereka bukan sahaja menyokong tetapi memberikan kerjasama bagi membolehkan BN (Barisan Nasional) terus kekal memerintah dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 penyokongnya di Kompleks Lang Merah, di sini. Mukhriz berada di sini bagi menghadiri majlis pelancaran laluan baru AirAsia dari Langkawi ke Guangzhou, China esok.
Majlis pelancaran tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam ucapan selama kira-kira empat minit itu juga, Mukhriz yang tiba dari Kuala Lumpur menyifatkan apa yang berlaku ada hikmahnya dan mahu semua pihak melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
“Masalah yang berlaku tidak harus diperbesar-besarkan sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri. Berilah peluang untuk saya melaksanakan agenda pembangunan di Kedah dan Langkawi,” katanya.
Selepas berucap, Mukhriz memasuki semula kompleks tersebut bagi menyambut ketibaan Najib yang tiba kira-kira pukul 6 petang. Ini merupakan pertemuan pertama mereka sejak tercetusnya isu desakan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang mahu Mukhriz digantikan.
Isu tersebut mula tercetus apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengadakan sidang akhbar di Alor Setar bagi menyatakan pendirian pemimpin UMNO negeri itu yang hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.-utusanonline
Pertemuan pertama Najib dan Mukhriz selepas tercetus isu ganti Mukhriz |

No comments
Post a Comment