Terkini

"Bekas kekasih" Sam rela dan terima takdir jodohnya bukan dengan Sam

Bagi bintang Langit Cinta itu, setiap insan wajar mempunyai sikap dan perasaan sama apabila melihat insan lain berbahagia. Itu ulasannya ketika diminta mengulas berita aktor itu bakal berkahwin dengan pelakon wanita itu pada 8 Februari depan.

"Bekas kekasih" Sam rela dan terima takdir jodohnya bukan dengan Sam
"Bekas kekasih" Sam rela dan terima takdir jodohnya bukan dengan Sam

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, 32, yang pernah dikaitkan bercinta dengan Shaheizy Sam, mendoakan agar Sam dan pasangannya, Syatilla Melvin hidup bahagia selama-lamanya sebagai suami isteri.

"Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu," katanya kepada BH Online, di sini, hari ini. Fazura mengakui dirinya bersedia untuk hadir ke majlis perkahwinan pasangan berkenaan sekiranya menerima undangan.

"Bekas kekasih" Sam rela dan terima takdir jodohnya bukan dengan Sam
Fazura dan Sam pernah dikatakan bercinta satu masa dulu
"Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka," katanya yang pernah berlakon dengan Sam dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (2014).

Ujar pelakon jelita itu, tiada sebab untuk dirinya bersedih setiap kali menerima berita bekas teman lelakinya akan berkahwin. "Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya. Saya gembira untuknya," katanya tersenyum.

"Bekas kekasih" Sam rela dan terima takdir jodohnya bukan dengan Sam
"Saya bukan untu dia, dia bukan untuk saya," komen Fazura
Wanita yang sentiasa positif ini berkata, beliau percaya kepada ketentuan Allah dalam merencana hidupnya. Fazura sendiri mengakui, beliau dapat berasakan jodohnya juga semakin hampir dan dirinya bersedia untuk bergelar isteri.

Akuinya, beliau turut mempunyai rencana tersendiri termasuk merancang fasa kehidupan selepas bergelar isteri orang satu hari nanti.

"Bekas kekasih" Sam rela dan terima takdir jodohnya bukan dengan Sam
Fazura percaya kepada ketentuan Allah
"Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu kumpulan Estranged berjudul Sepenuhnya Vol 1.

Fazura turut berduet dengan kumpulan berkenaan menerusi lagu Hancur Aku.

"Bekas kekasih" Sam rela dan terima takdir jodohnya bukan dengan Sam
Fazura, sentiasa positif




sumber-bharian

No comments