Dia "wanita" tapi dihantar ke penjara lelaki kerana kesalahan merogol
LONDON: Juri mensabitkan Davina Ayrton, yang menukar namanya daripada David tiga tahun lalu, melakukan serangan seksual terhadap remaja 15 tahun pada musim luruh 2004 berikutan perbicaraan selama seminggu di Mahkamah Portsmouth.
Seorang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah merogol remaja perempuan ketika dia masih seorang lelaki.
Berikutan sabitan itu, Hakim Ian Pearson, memerintahkan Ayrton dikenakan tahanan reman demi keselamatannya dan berkata kemungkinan dia dihantar ke penjara lelaki hingga tempoh hukuman ditetapkan pada 4 Mac ini.
Mahkamah juga diberitahu Ayrton mengalami masalah pembelajaran dan tinggal di rumah kebajikan di Fordingbridge. Ayrton, 34, juga dilaporkan pernah cuba membunuh diri musim panas lalu.
Agensi/bharian
Davina Ayrton |

No comments
Post a Comment