"Enam tahun tu, susah seanag dia sentiasa berada di sisi saya," kata Sam
KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam menjelaskan sikap penyabar aktres Syatilla Melvin membuatkan hatinya tertarik untuk menyunting wanita berkenaan untuk dijadikan sebagai isterinya yang sah.
Shaheizy atau lebih mesra dengan sapaan Sam, 34, berkata, sepanjang enam tahun mengenali Syatilla wanita berkenaan sentiasa berada di sisinya ketika jatuh bangun dia sebagai seorang artis.
"Saya sebenarnya seorang 'diva' tetapi sepanjang perkenalan dengan Syatilla dia sangat penyabar orangnya dan saya belum pernah bertemu dengan seorang wanita sepertinya. Sikap dia yang boleh tahan dengan perangai saya membuatkan terdetik di hati bahawa dia adalah pilihan tepat.
"Pusinglah ikut mana pun, susah senang saya dia sentiasa ada di sisi saya," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, teka-teki mengenai perkahwinan Sam akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Syatilla, 25, pada 8 Februari depan di Pulau Pinang.
Pengumuman itu dibuat menerusi sidang media khas yang diadakan di Hotel Sunway Putra di sini, Selasa.
Sam dan Syatilla sebelum ini berpura-pura tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa biarpun beberapa minggu lalu pihak media ada bertanyakan mengenai perkahwinan berkenaan selepas berita itu tersebar.
Majlis perkahwinan pasangan itu setakat ini mendapat 15 tajaan yang secara keseluruhannya bernilai RM25 juta menjadikan perkahwinan tersebut disebut sebagai Wedding of the Year.
Sementara itu, Sam berkata, dia sudah lama bersedia untuk bergelar seorang suami namun kesibukan terhadap kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga membuatkan dia tidak peka soal jodoh.
Bagaimanapun kata Sam, dia sentiasa tahu Syatilla adalah wanita yang paling sesuai untuknya cuma jodoh mereka tiba pada tahun ini.
"Keutamaan saya terhadap keluarga dan kerjaya membuatkan saya pandang ringan terhadap soal kahwin tetapi inilah dinamakan jodoh.
"Malah sekiranya ditanya oleh pihak wartawan soal kahwin saya tidak pernah mengelak dan memberitahu sudah bersedia cuma saya sendiri tidak tahu bila dan dengan siapa.
"Alhmadulillah akhirnya semuanya terjawab kini dan harapan saya agar semua mendoakan kebahagian kami berdua," ujarnya.
Dalam pada itu, Syatilla berkata, selama ini dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan kisah cinta mereka kerana tidak mengetahui sejauh mana hubungan berkenaan.
Malah dia juga perlu menghormati kerjaya Sam selain ingin membiarkan bakal suaminya sendiri membuat pendedahan apabila dirasakan sesuai.
"Alhmadulillah dengan adanya majlis pada hari ini hanya Allah yang tahu betapa leganya saya kerana tidak perlu menyorok tentang hubungan kami.
"Malah sebelum ini pun saya sudah berjanji akan beritahu semuanya sekiranya apa yang ditimbulkan menjadi realiti.
"Pada saya sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya dan terutamanya Sam berbuat demikian," jelasnya.
Tambah Syatilla, dia tertarik dengan keperibadian Sam yang disifatkan seorang yang baik hati dan telus hampir dalam semua perkara selain mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
"Saya sayangkan dia. Saya sentiasa ada untuknya dan begitu juga Sam. Kami juga tidak pernah berahsia dan dia seorang yang telus.
"Saya jatuh cinta kerana hatinya yang sangat baik dan Alhamdulillah Allah sudah menetapkan jodoh kami," katanya.
Bercakap mengenai persiapan perkahwinan, Sam berkata, dia menyerahkan semua urusan kepada ibunya, Khaty Fauziah dan Syatilla bagi menentukan konsep dan tema perkahwinan itu nanti.
Ditanya mengenai tajaan berjumlah RM25 juta, Sam berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui mengenai perkara itu kerana diuruskan oleh ibunya namun menganggap ia sebagai rezekinya dan Syatilla.
"Ia kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi saya anggap itu sebagai rezeki dan hadiah untuk kami," ujarnya.
Pasangan berkenaan terdahulu bakal mengadakan majlis berinai sehari sebelum akad nikah di Pulau Pinang.
Majlis resepsi sebelah Syatilla akan diadakan di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang pada 9 Februari manakala resepsi pihak lelaki bakal berlangsung pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Manakala pada 20 Februari pula mereka sekali lagi akan mengadakan majlis resepsi untuk peminat namun masih belum menentukan lokasinya.
sumber-mstaronline
"Enam tahun tu, susah seanag dia sentiasa berada di sisi saya." kata Sam |

No comments
Post a Comment