Terkini

Gadis kutip RM67,237 selepas muat naik kisah sedihnya di laman sosial

Tianjin, China: Yang Cailan, 19, turut berjaya mengumpul sumbangan orang ramai berjumlah 100,000 yuan (RM67,237) yang bersimpati dengan ceritanya di laman Weibo itu.

Namun apakah hakikat disebalik kisah sedihnya itu.

Gadis kutip RM67,237 selepas muat naik kisah sedihnya di laman sosial
Gadis kutip RM67,237 selepas muat naik kisah sedihnya di laman sosial - Gambar hiasan

Seorang gadis didakwa di sebuah mahkamah di sini kerana menipu dengan memuat naik status di laman sosial bagi memberitahu bapanya terbunuh dalam kejadian letupan gudang kimia di Tianjin pada tahun lalu.

Dia dihadapkan ke mahkamah pada Rabu lalu dan berdepan hukuman penjara selepas didakwa menyebarkan berita palsu dan menipu untuk mendapatkan wang.

Lebih 170 maut selepas gudang menyimpan bahan kimia di Tianjin meletup pada 13 Ogos tahun lalu.

Beberapa jam selepas kejadian berkenaan, Yang memuat naik status memberitahu bapanya turut terbunuh dalam letupan besar berkenaan.

Pengguna laman sosial turut bersimpati dengan Yang selepas memberitahu dia kini tiada tempat bergantung kerana ibunya juga sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Gadis kutip RM67,237 selepas muat naik kisah sedihnya di laman sosial

Cerita sedih gadis itu terus meruntun hati pengguna laman sosial selepas status berkenaan dikongsi dan dibaca lebih dua juta kali.

Beribu-ribu pengguna yang simpati dengan nasib Yang kemudian menyumbang sejumlah wang kepada gadis itu.

Bagaimanapun, rahsia Yang terbongkar apabila polis mengesan status itu yang viral di laman sosial mula menyiasat dakwaan gadis berkenaan.

Yang memberitahu polis dia tidak menulis status berkenaan dan mendakwa akaunnya digodam.

Namun, siasatan polis mendapati dakwaan Yang itu sangat meragukan sebelum menutup akaun gadis itu dan memulangkan semula semua wang yang didermakan.




dipetik dari-hmetro

No comments