Terkini

Khusus untuk wanita!!...hanya guna telefon pintar dan apps untuk ukur saiz bra

Ramai wanita yang tidak mengetahui saiz pakaian dalam, bukan? Nak guna pita pengukur tetapi tak tahu? Jangan bimbang! Kini, ada satu teknologi baharu dicipta bagi memudahkan proses mengukur.

Khusus untuk wanita!!...hanya guna telefon pintar untuk ukur saiz bra

ThirdLove, sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam wanita di San Francisco, Amerika Syarikat telah mencipta satu perisian khas bagi mengukur saiz coli dan ianya dikatakan lebih tepat jika dibandingkan dengan penggunaan pita pengukur yang selama ini digunakan.

Penaung syarikat ini Heidi Zak berkata, aplikasi tersebut boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Cara penggunaannya juga dianggap mudah dan mesra pengguna.

Pengguna yang ingin mendapatkan ukuran tepat saiz coli mereka hanya perlu berdiri di hadapan cermin sambil berselfie. Beberapa langkah mudah lain turut diterangkan antaranya pengguna perlu berdiri dengan jarak tertentu di hadapan cermin.


Ukuran akan ditentukan oleh sistem canggih yang terdapat pada aplikasi terbaharu ini hanya dalam masa 5 minit sahaja. Ianya dianggap sangat memudahkan pengguna terutama ketika berada di pusat beli belah untuk membeli pakaian dalam.

Aplikasi canggih itu kini sudah mula dijual di pasaran United Kingdom pada harga £33 (RM211.41) sehingga £46(RM294.68).

No comments