Mangsa dilanggar ketika tiba di lampu isyarat itu sebelum diseret bas
Shah Alam: Lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebelum diseret bas di Jalan Subang, dekat sini berdekatan lampu isyarat pangsapuri Brunsfield kira-kira 7 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Mohammad Adam, 24, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa dilanggar ketika tiba di lampu isyarat itu sebelum diseret bas yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.
"Polis menyeru orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) APJ1987," katanya.hmetro

No comments
Post a Comment