Terkini

Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita akhirnya terjawab

SUNGAI PETANI: Penduduk di sekitar Kampung Sungai Muda resah dengan kejadian coli dan seluar dalam wanita yang sering hilang sejak akhir-akhir ini.

Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita akhirnya terjawab
Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita akhirnya terjawab

Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita yang menghantui penduduk sekitar Kampung Sungai Muda, dekat Kota Kuala Muda, di sini, terjawab apabila seorang lelaki dicekup bersama baldi mengandungi sejumlah pakaian dalam wanita.

Aktiviti keji lelaki berusia lingkungan 20-an itu terbongkar apabila penduduk kampung melihat dia mencuri pakaian dalam wanita di beberapa rumah pada kira-kira jam 1 tengah hari.

Penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40, berkata penduduk yang menyedari perkara itu kemudian berpakat dan berjaya menangkap lelaki terbabit, sebelum menemui satu baldi berisi coli dan seluar dalam yang baru dicuri.

"Memang kami hairan kerana coli dan seluar dalam yang dijemur di ampaian sering hilang, namun tidak menyangka lelaki yang dilihat muncul di kawasan kampung sejak beberapa hari lalu adalah pencurinya," katanya.

Ahmad Kamil berkata, penduduk kampung menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, foto lelaki terbabit yang dikatakan dari Semeling, dekat sini, yang diikat pada batang pokok bersama beberapa pakaian dalam yang dicuri tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita akhirnya terjawab
 Lelaki terbabit diikat pada batang pokok bersama beberapa pakaian
dalam yang dicuri 


dipetik dari-bharian

No comments