Terkini

Pelakon dan model, Kavita Kaur Sidhu akhirnya menamatkan zaman bujang

Pelakon dan model, Kavita Kaur Sidhu akhirnya bergelar isteri pada usia 44 tahun.

Pelakon dan model, Kavita Kaur Sidhu akhirnya menamatkan zaman bujang
Kavita Sidhu dan suami Roberto Guiati

Majlis perkahwinannya dengan Roberto Guiati berlangsung di rumah keluarga pihak perempuan malam tadi.

Kavita sempat berkongsi perasaannya di laman Instagram, hari ini.

Status itu berbunyi: "Sebuah majlis perkahwinan intim di rumah yang saya membesar sejak usia lapan tahun dan dikelilingi dengan penuh rasa cinta."

Pelakon dan pengarah, Hans Isaac turut meraikan perkahwinan Kavita dengan memuat naik ucapan tahniah di akaun Instagramnya.

Kavita dan Guiati yang berasal dari Itali akan diraikan pada majlis resepsi di sebuah hotel di sini, malam ini.

Guiati yang juga ahli geologi di sebuah syarikat cari gali minyak berkenalan dengan pelakon tinggi lampai itu sejak sembilan tahun lalu menerusi teman mereka.

Mereka mula rapat selama empat tahun sebelum Kavita dilamar di Phuket, Julai lalu

Kavita sering membintangi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba seperti Layar Lara, Mimpi Moon dan Pontianak Harum Sundal Malam I & II dan Tanda Putera.



sumber-malaysiagazette

No comments