Petronas mengambil langkah drastik bagi mengimbangi kejatuhan harga minyak
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan melakukan perubahan struktur organisasi sekali lagi termasuk menyemak semula perbelanjaan modal dan operasi dalam usaha penjimatan sehingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun.
Turut disemak kedudukan kakitangan kontrak di Petronas.
Langkah-langkah itu perlu dilakukan berikutan kejatuhan harga minyak masih belum menampakkan pemulihan dan situasi ini memberi cabaran kepada entiti tersebut.
Dengan semakan semula perbelanjaan modal dan operasi, Petronas dijangka terpaksa menangguhkan beberapa projek.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, Petronas mengambil keputusan strategik untuk memulakan semakan model operasi perniagaan untuk meningkatkan kecekapan sebagai maklum balas terhadap persekitaran luar.
"Kajian ini akan menyebabkan perubahan kepada struktur organisasi sedia ada, butir-butir yang saya harap dapat berkongsi dengan anda pada bulan Mac," kata Wan Zulkiflee dalam satu mesej dalaman.
MalaysiaGazette difahamkan Wan Zulkiflee memberi mesej itu berikutan kebimbangan banyak pihak terhadap Petronas dalam menghadapi saat-saat getir berikutan kejatuhan ketara harga minyak.
Jumaat lalu, harga minyak dunia jatuh di bawah AS$28 setong.
Sambil mengucapkan terima kasih terhadap ingatan pelbagai pihak terhadap Petronas, Wan Zulkiflee berkata, beliau menghargai setiap kebimbangan dan akan melakukan yang terbaik untuk syarikat dalam situasi sukar ini.
Jelasnya, Petronas telah mengambil langkah pantas ketika harga minyak menunjukkan trend menurun dengan mengurangkan perbelanjaan modal dan operasi serta memulakan Projek Cactus untuk mempercepatkan penjanaan dan inisiatif kecekapan kos yang menjadi keutamaan berbanding perkara lain.
"Ini tidak bermakna kita hentikan Projek Cactus, tetapi kini kita perlu serius mengambil kira kesukaran dan keputusan drastik. Inilah yang sedang saya dan Barisan Kepimpinan Eksekutif fikirkan secara intensif pada masa ini," tambah beliau.
Tambah Presiden Petronas itu, pada masa ini entiti itu masih belum menentukan bagaimana kajian dan struktur perubahan akan memberi kesan kepada tenaga kerja tetapi akan mengkaji semua pilihan untuk memastikan mencapai keseimbangan yang tepat antara kebajikan pekerja dan kepentingan perniagaan.
Wan Zulkiflee mengakui Petronas telah memulakan kajian semula jawatan kontrak, yang dijangka memberi kesan kepada kedudukan kontrak yang pada masa ini tidak kritikal kepada aktiviti perniagaan teras Petronas.
Pada masa yang sama, kajian semula kedudukan bekalan tenaga kontrak juga sedang dilaksanakan, sebagai langkah awal untuk mengurangkan kos tenaga kerja.
Wan Zulkiflee yang sedia maklum dengan kebimbangan ramai itu berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan bahawa segala-galanya berjalan lancar tetapi memberi komitmen akan memaklumkan setiap perkembangan secara berterusan.
"Saya percaya kejujuran, komunikasi terbuka adalah teras penyatuan kita sebagai satu kumpulan dan menapak dalam kepayahan bersama. Buat masa ini, saya dengan ikhlas mahu anda memahami, bekerjasama dan memberi sokongan dalam keadaan sukar ini. Kita perlu teruskan, terus berusaha. Masih banyak yang perlu kita perjuangkan dan selagi kita tidak berhenti, kita akan bergerak ke hadapan," katanya dalam mesej tersebut. - MalaysiaGazette
![]() |
| Petronas mengambil langkah drastik bagi mengimbangi kejatuhan harga minyak |

No comments
Post a Comment