Terkini

Pusat Rawatan Mahsuri mengesahkan kesahihan identiti dua bayi yang tertukar

ALOR SETAR: Hospital Pusat Rawatan Mahsuri di Bandar Darulaman, dekat Jitra, di sini, sebentar tadi mengesahkan kesahihan identiti dua bayi perempuan yang dikembalikan kepada keluarga masing-masing selepas tertukar kelmarin.

Pusat Rawatan Mahsuri mengesahkan kesahihan identiti dua bayi yang tertukar
PENGARAH Hospital Pusat Rawatan Mahsuri, Dr Khairul Faizi Khalid. - Foto BERNAMA
Pengarahnya, Dr Khairul Faizi Khalid, berkata pengesahan itu diterima petang tadi, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas sampel darah masing-masing diambil sewaktu lahir pada petang Selasa lalu.

Terdahulu, Khairul Faizi ketika ditemui pemberita mengesahkan sampel darah kedua-dua bayi perempuan itu diambil semalam untuk ujian DNA yang hasilnya akan diketahui dalam tempoh dua minggu.

Hari ni, BH memaparkan dilema seorang guru agama, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37 dan isteri, Mahani Zakaria, 36, selepas dimaklumkan bayi mereka tertukar dengan bayi milik pasangan lain yang turut dilahirkan di pusat rawatan sama.

Berikutan itu, pasangan terbabit menuntut diadakan ujian DNA untuk mendapatkan kepastian.



dipetik dari-bharian.com.my/node/112402

No comments