Terkini

Selain pegawai kerajaan, orang awam juga telibat dengan kes rasuah bauksit

Selepas empat pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang ditahan minggu lalu kini orang awam pula menjadi sasaran.

Selain pegawai kerajaan, orang awam juga telibat dengan kes rasuah bauksit

Semalam dua lagi orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan hari ini seorang lagi menerima nasib yang sama.

Menurut sumber, ketiga-tiga orang awam yang ditahan itu didakwa menjadi orang tengah dalam kes rasuah membabitkan perlombongan bauksit di Kuantan.

Mereka menjadi orang tengah bagi urusan penjualan Borang 13D atau dikenali doket kepada syarikat pelombong-pelombong haram

Pasangan suami isteri berketurunan Melayu itu ditahan di restoran berasingan semalam manakala seorang lagi hari ini berketurunan Cina yang menyerah diri di Pejabat SPRM Kuantan pukul 1 tengahari tadi.

Ia menjadikan kesemua suspek ditahan berkenaan kes rasuah bauksit di Pahang seramai tujuh orang.

Sementara itu, penahanan itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dan menyatakan kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, SPRM masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terlibat sehingga menyebabkan berlaku kegiatan perlombongan haram dan ketirisan dianggarkan bernilai RM187 juta daripada segi kutipan royalti tahun lalu.



dipetik dari-MalaysiaGazette

No comments