Tak sampai 5 minit barangan rumah Datuk Hamidah selesai dilelong
BATU GAJAH - Tidak sampai lima minit, lelongan barangan rumah bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman selesai, pagi tadi.
Barangan bernilai RM200,000 itu berjaya dilelongkan sebanyak tiga kali sebelum berjaya dibida dengan harga RM100,000 oleh seorang wanita, Fatimah Mohd Isa, 55.
Barangan yang dilelongkan dibawah Writ Penyitaan dan Perlaksanaan membabitkan 62 unit kelengkapan rumah dan tiga set bilik tidur.
Barangan milik bekas Adun Sungai Rapat itu dilelong selepas Mahkamah Tinggi menyita barangan itu pada 23 Disember tahun lalu selepas gagal melunaskan bayaran ganti rugi dalam satu kes saman fitnah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Pada 27 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk ‘Umat Islam perlu Bersatu’ dalam blognya sekitar Januari 2010 dengan memuatkan gambar bertindih Khalid berpakaian ala seorang paderi.
-sinaronline

No comments
Post a Comment