Amira juara program realiti, "Ceria All Stars" main drum pakai baju kurung
KUALA LUMPUR: Ketangkasan bermain dram membawa tuah kepada Nur Amirah Syahirah, 12, apabila dinobatkan sebagai juara program realiti, Ceria All Stars musim pertama.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Petaling Jaya itu menewaskan empat peserta lain di pentas akhir yang berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil dekat sini dan membawa pulang wang tunai RM15,000 beserta trofi.
"Syukur alhamdulillah saya berasa terharu dengan kemenangan ini kerana segala usaha dan penat lelah saya selama tujuh minggu dalam program ini berhasil.
"Perancangan saya untuk terus kekal sebagai pemain dram solo wanita dan belum terfikir lagi kegunaan wang kemenangan ini. Tetapi, sedikit hasil daripada kemenangan ini saya ingin salurkan kepada rumah anak-anak yatim," katanya.
Jom layan video ni jap...Amira dengan drumnya
Tempat kedua dimenangi Mohamad Iqmal Fikry, 15, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi. Fikry yang mempersembahkan bakatnya melukis menggunakan semburan cat turut membawa pulang hadiah khas Caliph Kids Expert berupa wang tunai RM3,000 kerana mendapat undian SMS tertinggi.
Kelincahan lima remaja berusia 12 dan 15 tahun yang memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Born To Beat (BTB) dalam tarian pula meletakkan mereka di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.
Peserta diadili berdasarkan 50 peratus undian juri profesional dan 50 peratus penonton itu.
Program yang dihoskan Jihan Muse itu diadili juri tetap, Nabil Ahmad dan Nora Danish serta juri jemputan, Datuk Siti Nurhaliza. Manakala, Datuk Aznil Nawawi selaku penaung program yang turut berperanan sebagai pengkritik.
dipetik dari-bharian
Amira juara program realiti, "Ceria All Stars" main drum pakai baju kurung |

No comments
Post a Comment