Betul ke? Berita kemalangan Lan Kristal yang viral di media sosial adalah palsu
Terbaru, kecoh di media sosial menyatakan Lan Kristal telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walhal, mereka sekeluarga tidak ada apa-apa, malah dalam keadaan sihat walafiat.
Pun begitu, Media Hiburan berjaya menghubungi isteri Lan, Sheila, bagi mendapatkan ulasan lanjut mengenai berita palsu ini.
"Sekarang ini, memang kami berasa geram dan sedih sebab orang buat berita palsu. Tapi bila difikirkan balik, kami reda dengan sikap tidak baik jenis orang yang sebegitu.
"Perkara ini bukan boleh dibuat main-main, kalau nak buat berita tergempar semata-mata nak tarik 'follower' biarlah sahihkan dulu berita tu, betul ke tidak? Jangan main ikut suka sahaja. Sama-sama cari makan, biarlah cara yang elok dan halal bukan macam ini caranya.
"Kesian dekat keluarga kami dan rakan-rakan, mereka semua terkejut apabila mendengar berita macam itu. Ada di antara keluarga kami yang sedang sakit," jelas Sheila ketika dihubungi Media Hiburan.
Mengulas lanjut adakah Sheila dan suami, Lan Kristal, akan menyaman atau mengenakan tindakan kepada orang yang bertanggungjawab, Sheila ada menyatakan, pihak berkenaan hendaklah mengemukakan permohonan maaf.
"Kami tidak mahu duit atau saman pihak tersebut. Tapi, kami mahu pihak yang bertanggungjawab yang sudah menghebohkan berita palsu ini tampil ke depan untuk permohonan maaf.
"Almaklumlah, satu facebook viral tentang berita palsu kononnya Lan Kristal telah terlibat dengan kemalangan jalan raya," ujar Sheila.
Sheila juga ada berpesan agar mereka sekeluarga didoakan dalam keadaan sihat sejahtera.
sumber-mediahiburan
Pun begitu, Media Hiburan berjaya menghubungi isteri Lan, Sheila, bagi mendapatkan ulasan lanjut mengenai berita palsu ini.
"Sekarang ini, memang kami berasa geram dan sedih sebab orang buat berita palsu. Tapi bila difikirkan balik, kami reda dengan sikap tidak baik jenis orang yang sebegitu.
"Perkara ini bukan boleh dibuat main-main, kalau nak buat berita tergempar semata-mata nak tarik 'follower' biarlah sahihkan dulu berita tu, betul ke tidak? Jangan main ikut suka sahaja. Sama-sama cari makan, biarlah cara yang elok dan halal bukan macam ini caranya.
"Kesian dekat keluarga kami dan rakan-rakan, mereka semua terkejut apabila mendengar berita macam itu. Ada di antara keluarga kami yang sedang sakit," jelas Sheila ketika dihubungi Media Hiburan.
Berita dan gambar kemalangan yang diviralkan |
"Kami tidak mahu duit atau saman pihak tersebut. Tapi, kami mahu pihak yang bertanggungjawab yang sudah menghebohkan berita palsu ini tampil ke depan untuk permohonan maaf.
"Almaklumlah, satu facebook viral tentang berita palsu kononnya Lan Kristal telah terlibat dengan kemalangan jalan raya," ujar Sheila.
Sheila juga ada berpesan agar mereka sekeluarga didoakan dalam keadaan sihat sejahtera.
sumber-mediahiburan
No comments
Post a Comment