Detik cemas...empat sekeluarga nyaris dilarikan penyamun bersama kenderaan
KEMAMAN - Empat sekeluarga melalui detik mencemaskan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dilarikan seorang lelaki tidak dikenali di Bandar Chukai Utama di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, wanita berusia 30-an bersama anak lelaki berusia dua tahun dan dua anak perempuan masing-masing berumur enam dan lapan tahun berada dalam Toyota Hilux berkenaan.
Namun semua mangsa kemudiannya ditinggalkan lelaki itu di tepi jalan tidak jauh dari tempat kenderaan berkenaan dilarikan.
Sebelum itu, mangsa bersama suami berusia 37 tahun dan lima anak mereka serta rakan suaminya yang juga pemilik pacuan empat roda berkenaan pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supritenden Mohd. Said Ibrahim berkata, sebaik tiba di pasar raya berkenaan suaminya bersama dua anak mereka serta rakannya turun dan meninggalkan kesemua mangsa dalam kenderaan itu dengan enjin dihidupkan dan tidak berkunci. - Bernama
![]() |
| empat sekeluarga nyaris dilarikan penyamun bersama kenderaan - gambar hiasan |
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, wanita berusia 30-an bersama anak lelaki berusia dua tahun dan dua anak perempuan masing-masing berumur enam dan lapan tahun berada dalam Toyota Hilux berkenaan.
Namun semua mangsa kemudiannya ditinggalkan lelaki itu di tepi jalan tidak jauh dari tempat kenderaan berkenaan dilarikan.
Sebelum itu, mangsa bersama suami berusia 37 tahun dan lima anak mereka serta rakan suaminya yang juga pemilik pacuan empat roda berkenaan pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supritenden Mohd. Said Ibrahim berkata, sebaik tiba di pasar raya berkenaan suaminya bersama dua anak mereka serta rakannya turun dan meninggalkan kesemua mangsa dalam kenderaan itu dengan enjin dihidupkan dan tidak berkunci. - Bernama


No comments
Post a Comment