Faezah Elai tetap cantik menawan walaupun selepas kelahiran anak kedua
Bagi pelakon dan pengacara Faezah Elai, majlis akikah dan cukur jambul anak perempuannya, Aurora Heyrinna yang diadakan pada Ahad lalu bukan sekadar meraikan bayi berusia hampir dua bulan itu.
Malah, ia juga kesempatan untuk Faezah atau nama sebenarnya Nor Faezah Md Elai, 34, dan suaminya pengarah drama Heykal Hanifah menguar-uarkan kepada umum mengenai kelahiran puteri kedua hasil perkongsian hidup mereka sejak 2012.
Faezah ketika dihubungi berkata, kelahiran puterinya itu pada 8 Disember lalu tidak diketahui ramai kerana dia kurang mendedahkan hal itu sejak awal kehamilan.
“Saya dan suami ambil peluang untuk hebahkan kelahiran anak kedua kami pada majlis ini. Ramai tidak perasan mengenai kelahirannya.
“Sejak mengandung pada Mac tahun lalu, kesihatan saya kurang stabil jadi memang tidak sempat berkongsi mengenai berita gembira ini dan kelahiran Aurora,” katanya yang kini masih berpantang.
Justeru itu, pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat, Faezah berkongsi perkara itu buat julung kalinya di kediaman mereka di Kajang, Selangor.
Jelasnya lagi, pada majlis sama dia dan Heykal turut meraikan sambutan ulang tahun anak tirinya, Luqman Hakim, 16, Sarah, 14, dan Luq Adam, 6.
Bercerita lebih lanjut mengenai Aurora, Faezah berkata puteri keduanya itu lebih mudah diurus kerana ada pengalaman membesarkan anak sulung, Dealova Heyrinna yang kini berusia tiga tahun.
“Apa yang boleh saya simpulkan, menjaga Aurora tidak sesusah pengalaman anak pertama dulu. Banyak yang saya belajar dan ia membantu saya menguruskan anak kedua ini.
“Cuma saya tidak nafikan kekok tetap ada sebab hampir tiga tahun tidak ada anak kecil. Jadi ada juga perkara yang sudah terlupa, tetapi tak lama lagi akan okay bila sudah terbiasa,” katanya.
Sambungnya lagi, Aurora juga tidak banyak ragam jika dibandingkan dengan kakaknya.
“Aurora nampaknya lebih senang dijaga daripada kakaknya dulu. Cuma saya kena sesuaikan diri untuk bangun malam semula dan kurang rehat.
“Proses berpantang hampir selesai, tetapi saya belum bersedia untuk kembali aktif berlakon. Buat masa ini biarlah saya tumpukan perhatian terhadap anak,” katanya.
sumber-hmetro
![]() |
| Faezah Elai dedahkan wajah puteri kedua sempena majlis cukur jambul |
Malah, ia juga kesempatan untuk Faezah atau nama sebenarnya Nor Faezah Md Elai, 34, dan suaminya pengarah drama Heykal Hanifah menguar-uarkan kepada umum mengenai kelahiran puteri kedua hasil perkongsian hidup mereka sejak 2012.
Faezah ketika dihubungi berkata, kelahiran puterinya itu pada 8 Disember lalu tidak diketahui ramai kerana dia kurang mendedahkan hal itu sejak awal kehamilan.
“Saya dan suami ambil peluang untuk hebahkan kelahiran anak kedua kami pada majlis ini. Ramai tidak perasan mengenai kelahirannya.
![]() |
| Aurora Heyrinna |
Justeru itu, pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat, Faezah berkongsi perkara itu buat julung kalinya di kediaman mereka di Kajang, Selangor.
Jelasnya lagi, pada majlis sama dia dan Heykal turut meraikan sambutan ulang tahun anak tirinya, Luqman Hakim, 16, Sarah, 14, dan Luq Adam, 6.
Bercerita lebih lanjut mengenai Aurora, Faezah berkata puteri keduanya itu lebih mudah diurus kerana ada pengalaman membesarkan anak sulung, Dealova Heyrinna yang kini berusia tiga tahun.
“Apa yang boleh saya simpulkan, menjaga Aurora tidak sesusah pengalaman anak pertama dulu. Banyak yang saya belajar dan ia membantu saya menguruskan anak kedua ini.
“Cuma saya tidak nafikan kekok tetap ada sebab hampir tiga tahun tidak ada anak kecil. Jadi ada juga perkara yang sudah terlupa, tetapi tak lama lagi akan okay bila sudah terbiasa,” katanya.
Sambungnya lagi, Aurora juga tidak banyak ragam jika dibandingkan dengan kakaknya.
“Aurora nampaknya lebih senang dijaga daripada kakaknya dulu. Cuma saya kena sesuaikan diri untuk bangun malam semula dan kurang rehat.
“Proses berpantang hampir selesai, tetapi saya belum bersedia untuk kembali aktif berlakon. Buat masa ini biarlah saya tumpukan perhatian terhadap anak,” katanya.
sumber-hmetro




No comments
Post a Comment