Harimau bintang berang bila "bintang" hilang gara-gara ikan keli
Johannesberg: “Kami melihat harimau itu menunggu peluang sejak sehari sebelum itu. Kami menanti untuk melihat sama ada dia bernasib baik.
Seekor harimau bintang mandi lumpur selepas cuba menangkap ikan keli sehingga menyebabkan bintik pada bulunya langsung tidak kelihatan.
Gambar dirakam renjer, Hugo Breed, di taman haiwan persendirian di Afrika Selatan dikenali sebagai Leopard Hills. Ia menunjukkan harimau yang kelaparan itu sabar menunggu sebelum terjun masuk ke dalam tasik untuk menangkap ikan.
“Memang kami semua bernasib baik kerana berpeluang melihat haiwan itu terjun ke dalam lumpur dan keluar sambil menggonggong ikan keli sebelum memakannya.
“Nyata dia agak rimas dengan lumpur yang menyalutnya.
“Lagipun semua spesies kucing memang haiwan pembersih,” katanya. - Agensi/hmetro
![]() |
| Harimau bintang berang bila "bintang" hilang gara-gara ikan keli |
Seekor harimau bintang mandi lumpur selepas cuba menangkap ikan keli sehingga menyebabkan bintik pada bulunya langsung tidak kelihatan.
Gambar dirakam renjer, Hugo Breed, di taman haiwan persendirian di Afrika Selatan dikenali sebagai Leopard Hills. Ia menunjukkan harimau yang kelaparan itu sabar menunggu sebelum terjun masuk ke dalam tasik untuk menangkap ikan.
“Memang kami semua bernasib baik kerana berpeluang melihat haiwan itu terjun ke dalam lumpur dan keluar sambil menggonggong ikan keli sebelum memakannya.
“Nyata dia agak rimas dengan lumpur yang menyalutnya.
“Lagipun semua spesies kucing memang haiwan pembersih,” katanya. - Agensi/hmetro





No comments
Post a Comment