Terkini

Gadis hilang kaki, soalan mengguris hati dari seorang adik yang abang tak tahan dengar

SHAH ALAM – Sebagai seorang abang, kejadian yang menimpa adiknya, Siti Nuraisyah yang hilang kedua-dua belah kaki akibat digilis lori turut merasakan penderitaan yang ditanggung adiknya.

Gadis hilang kaki, soalan mengguris dari seorang adik yang abang tak tahan dengar

 “Alhamdulillah dia (Nuraisyah) mampu tersenyum walaupun soalan yang paling mengguris hati dia tanya kaki boleh tumbuh lagi atau tidak,” demikian ujar abang Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua belah kaki akibat digilis lori, semalam.

Dalam kejadian tersebut, Siti Nuraisyah membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5 bersama kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, tidak sempat mengelak sebuah kereta Perodua Kancil yang dikatakan bergesel dengan motosikal mereka, menyebabkan keduanya mengalami kemalangan akibat digilis lori.

Siti Nuraisyah kehilangan kedua kakinya, manakala kakak tirinya hanya mengalami terseliuh kaki kiri dan kanan apabila tercampak ke tepi jalan.

Memetik muat naik status Facebook abang Siti Nuraisyah, Huzaini Sahrin, Siti Nuraisyah sudah pun selamat menjalani pembedahan.

Bagaimanapun Huzaini tidak dapat memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku.

“Bagi anda yang nak tahu kejadian sebenar, boleh dapatkan maklumat di akhbar, maaf saya tidak dapat nak jelaskan apa yang berlaku.

“Diharap semua tanda tanya anda terjawab di akhbar. Terima kasih di atas doa dan kesudian anda mengambil berat tentang kami sekeluarga,” katanya lagi.

Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.- sinarharian




No comments