Terkini

Kanak-kanak mati disengat obor-obor ketika mandi di pantai Tanjung Aru

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 1 manakala rakannya diberi rawatan oleh petugas pantai selepas mereka dipercayai disengat obor-obor ketika mandi di pantai Tanjung Aru, dekat sini, hari ini.

Kanak-kanak mati disengat obor-obor ketika mandi di pantai Tanjung Aru
Obor-obor

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Sabah, Kol. Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu mangsa, Herdoline Mijan, 12, dihantar ke hospital akibat sengatan di bahagian muka.

Katanya seorang lagi mangsa, Andley Edward, 9, disengat di bahagian kaki dan diberi rawatan di menara petugas pantai.

"Anggota Petugas Menara Pantai telah memberi rawatan kecemasan kepada dua kanak-kanak tersebut sementara menunggu ambulans tiba," kata Mulliadi dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kira-kira jam 9 pagi tadi, Petugas Menara Pantai telah menaikkan bendera merah setelah membuat pemantauan di air dan mendapati banyak obor-obor putih.

Mereka turut menasihati pengunjung agar tidak membuat aktiviti air bagi mengelak daripada disengat oleh obor-obor.

Bagaimanapun, katanya masih ada sesetengah pengunjung tidak menghiraukan nasihat tersebut.

- Bernama

No comments