Terkini

Seorang doktor nyaris mati selepas mengesahkan pesakitnya tidak bernyawa

Beijing - Menurut polis, Wu Jianqiang, 28, yang kini dirawat di sebuah hospital di sini menerima panggilan kecemasan daripada keluarga pesakit pagi kelmarin.

Bersama-dama dengan seorang jururawat dan dua petugas ambulans, dia tiba di rumah mangsa sembilan minit kemudian.

Seorang doktor nyaris mati selepas mengesahkan pesakitnya mati
Wu Jianqiang, 28, yang kini dirawat di sebuah hospital di sini 


Selepas memeriksa wanita itu dan melakukan CPR, pesakit tidak menujukkan sebarang tanda masih hidup.

Sebaik mengesahkan wanita itu mati, keluarga pesakit memaki hamun Wu dengan seorang daripada mereka memukulnya.

Mereka mengejar doktor berkenaan sambil mengancam memotong tangannya.

Wu jatuh ketika berlari untuk menyelamatkan diri, menyebabkan dua anggota keluarga wanita itu memukulnya lagi.

Menurut polis, suami wanita itu, Hu, dan jiran mereka, Shi, mengaku melakukan jenayah itu.

Hu dibebaskan sementara untuk membolehkan dia menguruskan mayat isterinya sementara Shi ditahan untuk didakwa.

Berita mengenai kejadian itu yang tersebar di laman sosial di China mengundang kritikan terhadap keluarga pesakit.

Seorang pengguna menulis: “Doktor itu tiba enam minit selepas menerima panggilan. Dia dipukul dengan teruk.

“Bayangkan jika dia tiba 10 minit. Mungkin kulitnya disiat.”




dipetik dari-hmetro

No comments