Terkini

Pelik je bunyinya....jalan di atas kaca boleh tingkatkan kesihatan mental

AHMEDABAD, India: Kira-kira 70 pelajar berkaki ayam berjalan di atas kaca dalam usaha mengatasi fobia peperiksaan dan ketakutan, mencetuskan siasatan mengenai amalan membina diri luar biasa itu.

Pelik je bunyinya....jalan di atas kaca  boleh tingkatkan kesihatan mental
Antara kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam upacara tersebut

Kanak-kanak semuda usia 12 tahun mengambil bahagian dalam upacara bagi meningkatkan kesihatan mental mereka di pusat latihan peribadi di Gujarat.

Rakaman video yang disiarkan saluran televisyen, menunjukkan pelajar berjalan perlahan-lahan di atas serpihan kaca tebal sepanjang satu meter.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. "Kami mengarahkan siasatan dibuat mengenai kejadian itu yang menyaksikan tutor peribadi mengarahkan pelajar berjalan di atas serpihan kaca," kata Menteri Pendidikan negeri, Bhupendrasinh Chudasama. - AFP





dipetik dari-bharian

No comments