"Taharrush" permainan pelik lelaki arab, mangsa diseret sambil dikoyak pakaian
Mangsa akan dibiarkan terkepung di tengah-tengah beberapa bulatan.
Lelaki yang berada dalam lingkaran paling depan akan mencabul mangsa sama ada secara lisan atau fizikal dengan lelaki pada rantaian kepungan kedua menjadi penonton.
Rantaian kepungan ketiga pula bertindak sebagai pelindung dengan mengalihkan perhatian orang ramai daripada apa yang berlaku di sebalik perbuatan mereka.
Jika bilangan peserta 'permainan' Taharrush mencukupi mangsa akan diseret sambil pakaiannya dikoyakkan.
Tidak cukup dengan itu, pelaku akan menyentuh, memegang atau meramas anggota badan wanita terbabit.
Di Mesir, Taharrush dianggap sebagai "rogol berkumpulan atau cabul ringan" dan pernah terjadi ketika negara itu berada pada fasa Arab Spring pada 2011.
Dengan orang awam memenuhi Dataran Tahrir di tengah Kaherah untuk menuntut perubahan kerajaan, ramai wanita - sesetengahnya wartawan asing - menjadi mangsa serangan seksual itu.
Walaupun sesetengah mereka hanya disentuh, ada kes lain mangsa diserang secara seksual, dibogelkan dan dirogol.
Taharrush bukan saja 'dimainkan' semasa demonstrasi, sebaliknya berlaku ketika sambutan perayaan, konsert atau sebarang perhimpunan massa.
dipetik dari-malaysiakini
"Taharrush" permainan pelik lelaki arab, mangsa diseret sambil dikoyak pakaian |

No comments
Post a Comment