Terkini

Pembongkaran hasil karya ciplak megakibatkan anugerah pengiklanan ditarik balik

PENGANJUR Kancil Award, anugerah berprestij industri pengiklanan tempatan menarik balik anugerah yang dimenangi oleh dua karya yang didapati diciplak.

Menurut Mumbrella, kedua-dua karya tersebut merupakan penyertaan dari agensi pengiklanan Dentsu Utama.

Pembongkaran hasil karya ciplak megakibatkan anugerah pengiklanan ditarik balik
Pembongkaran hasil karya ciplak megakibatkan anugerah pengiklanan ditarik balik 


Penyertaan pertama, Professional Watch yang direka untuk sebuah firma kesedaran privasi Internet didapati mengandungi beberapa imej yang hampir sama dengan karya ilusi optik The Architect milik artis Sweden, Erik Johansson.

Pembongkaran hasil karya ciplak megakibatkan anugerah pengiklanan ditarik balik
Sebelah kiri ialah karya asal bertajuk "The Architect"
Menurut 4As, The Architect (kiri) telah diciplak oleh Dentsu Utama dalam menghasilkan Professional Watch (kanan).

Satu lagi penyertaan, Cross River Gorilla yang direka untuk kempen anti-pemburuan WWF di Indonesia pula didapati menciplak karya Tom Watkins, penuntut tahun akhir jurusan pengiklanan kreatif Universiti of Lincoln.

Pembongkaran hasil karya ciplak megakibatkan anugerah pengiklanan ditarik balik
Karya asal dihasilkan oleh Tom Watkins, penuntut tahun jurusan pengiklanan kreatif Universiti of Lincoln
Menurut ketua juri Kancil Awards, Tan Kien Eng, penyiasatan dijalankan oleh badan akreditasi pengiklanan 4As setelah menerima banyak aduan tentang miripnya penyertaan Dentsu Utama dengan karya asal tersebut.

“Tindakan ini diambil untuk menyelesaikan kontroversi dalam masa yang sama memelihara syarat kelayakan Kancil Awards,” tambah Tan.

Tan turut mengesahkan pemilik karya asal telah mengemukakan bukti karya mereka disiapkan pada tarikh lebih awal berbanding penyertaan Dentsu Utama.

Cross River Gorilla telah memenangi 26 pingat gangsa dan tiga pingat perak manakala Professional Watch merangkul enam pingat gangsa.

Karya ciplak diselar

Pembongkaran tersebut nyata tidak disenangi dan dizahirkan dalam ruang komentar Mumbrella:

Pembaca dengan nama What About Ted menyatakan “Jelas sekali beberapa orang pemalas cuma mencari sesuatu yang menarik di laman sesawang, mencari idea untuk ditiru bagi memenangi anugerah dan menggunakannya untuk dapat kerja dengan gaji yang lebih tinggi.”




sumber-astroawani

No comments